CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3712|Reply: 9

Remp-It V3 [Akan Datang]

[Copy link]
Post time 16-1-2009 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Jumaat Januari 16, 2009


      Lisa bertarung demi Remp-It V3  
      Oleh WAHIDA ASRANI


KEHADIRAN bintang muda ini di persada seni sememangnyaberjaya 'mencuri' perhatian banyak pihak. Tidak hanya bersandarkankepada paras rupa, Lisa Surihani atau mesra dengan panggilan Lisa inimempunyai pakej lengkap - berilmu, cantik dan berbakat besar; yangmembuatkan dirinya dilihat cukup menyerlah di dalam bidang ini.

Tidak pernah mendabik dada dengan pencapaian yang diraihnya setakatini, sikap rendah diri yang dimiliki Lisa juga membuatkan banyak pihakmengaku cukup senang bekerja dengan pelakon, model dan pengacaraberusia 22 tahun ini.
Mungkin itulah bonus yang membuatkan Pelakon Wanita Harapan,Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) ini sentiasa laku dan menjadi'rebutan' produser-produser drama mahupun filem.

Malah, Lisa juga bertuah kerana watak-watak yang ditawarkankepadanya sudah menunjukkan variasi, sekaligus membuktikan dirinyabukan pelakon yang layak digelar 'stereotype'.

Jika di awal pembabitannya di dalam bidang lakonan ini, Lisa banyakditawarkan watak-watak yang 'baik', bersesuaian dengan wajah lembutnyaitu, tetapi kini dia sudah diberi kepercayaan untuk membawakan watakantagonis.

        Lisa bersama pengarah dan pelakon Remp-It V3, Farid Kami


Bermula dengan filem terbaru arahan Ahmad Idham, Jangan PandangBelakang Congkak yang mana Lisa memegang watak sebagai pembantupengamal ilmu hitam, dia kemudiannya sekali lagi ditawarkan watakantagonis menerusi filem Remp-It V3, arahan pelakon dan pengarah mudaFarid Kamil.

Apa yang lebih mencabar kali ini ialah watak Kamsah yang dipegangnyadi dalam filem tersebut memerlukan dirinya mempamerkan aksi pertarungandan pergaduhan yang tidak pernah dilakukan Lisa sebelum ini.

"Karektor Kamsah dalam filem ini memang menggambarkan seorang gadisjahat dan tidak mempunyai perasaan belas kasihan yang merupakan temankepada pelumba haram bernama Garing lakonan Aqasha.

"Watak itu memerlukan saya buat aksi pertarungan dan saya akui, iamemang satu perkara yang sukar sebenarnya supaya aksi tersebut tidakdilihat kekok.

"Tetapi atas bantuan Farid serta latihan yang saya ikuti denganpakar lagak ngeri, saya harap hasilnya bagus. Ada juga saya buatrujukan sendiri dengan menonton lakonan Angelina Jolie di dalam filemTomb Raider.

"Apapun, itu semua satu ilmu dan pengalaman baru yang cukup bermaknabuat saya," kata Lisa yang akan tamat menjalani penggambaran filemtersebut dalam masa terdekat ini.

        Lisa, antara bintang muda yang dilihat cukup menyerlah di persada seni ketika ini


Remp-It V3 memaparkan kisah Rudy (Farid Kamil) dan sahabatnya Brett(Bront Palarae) yang terjerumus dalam satu masalah besar apabila diadan kawan-kawannya berlumba sehingga mengakibatkan kematian pasangankekasih Shah dan Liza yang terlibat dalam kemalangan.

Lebih memburukkan keadaan, di tangan Shah terdapat dadah yang barudiambil. Rudy, Brett dan kawan-kawannya menjadi buruan polis, sehinggaterpaksa mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur, Rudy berazam mengubah kehidupannya. Brett yangingin membantu telah menemukan Rudy dengan Lan Ribut (Radhi OAG) laludibawa ke kedai Sam Seng Motor yang sebenarnya dikawal oleh Ah Longyang merupakan 'tycoon' pertaruhan lumba haram.

Konflik semakin berlarutan apabila Rudy terlibat pula denganperlumbaan haram bersama Garing (Aqasha) yang kemudiannya menjadi besarapabila Rudy gagal membayar hutang Garing setelah tewas perlumbaan itu.

Turut membintangi filem ini ialah Intan Ladyana, Wan Nor Azlin dan Corrie Lee.

Menurut pemegang ijazah undang-undang dari Universiti Aberystwyth,Wales, United Kingdom ini, walaupun ramai produser sudah mulamempercayai kemampuan dirinya untuk membawakan pelbagai jenis watak,Lisa dalam nada rendah diri tetap merasakan dirinya masih lagimempunyai banyak kelemahan dalam lakonan.

"Sebagai muka baru dalam industri ini, saya tidak mahu cepat berpuashati. Tetapi, sejujurnya, saya tetap rasa gembira kerana dapat peluangmembawakan pelbagai watak sekarang.

"Bukan saja untuk kepuasan diri, tetapi pengalaman membawakan watakyang variasi dapat menambahkan lagi ilmu lakonan saya," kata pelakonyang pernah membintangi filem Goodbye Boys dan I'm Not Single ini.

Mengulas tentang pengalaman bekerja di bawah arahan pengarah mudaitu, kata Lisa, dia tidak mempunyai sebarang masalah apatah lagi diajuga sebelum ini pernah bekerja bersama seorang lagi pengarah mudatanahair, Pierre Andre.

Malah, Lisa juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang merasakandirinya mendapat laluan mudah untuk membintangi filem ini keranakononnya dia dan Farid dikatakan mempunyai hubungan istimewa.

"Itu semua persepsi orang. Antara saya dan Farid bersahabat baik.Mungkin dia juga ingin beri peluang kepada saya untuk bawa pelbagaiwatak dan sebab itu saya ditawarkan.

"Tetapi apapun, bagi saya, Farid adalah seorang yang cukup peka dandia sentiasa ada 'back-up plan'. Walaupun ini adalah kali pertama diamengarah filem, tetapi saya lihat dia tidak kekok langsung dalam bidangpengarahan," kata Lisa yang bernaung di bawah label MIG Talents.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2009 02:22 PM | Show all posts

Balas #1 Syd\ catat

waaa...besla....xsabar nk tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 02:38 PM | Show all posts
dgr citer cam best je......jgn la ade adegan cintan cintun yg mlampau......aksi lagak ngeri yg mlampau ok kot  
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 03:43 PM | Show all posts
citer pasal mat rempit lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 06:31 PM | Show all posts
nak tgk 'garing' aje
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 07:22 PM | Show all posts

Balas #1 Syd\ catat

tak sesuai lisa ni jadi bohsia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2009 10:46 PM | Show all posts
best keee citer rempit dulu pong cam p a l a t
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 11:12 PM | Show all posts

Balas #7 ahmad_dhani91\ catat

rempit memang gitu, aku sokong kau, dah mcm setan tp dibuat film nak agung2 kan plak
-kan bagus buat film "Mes-Jit" mengisahkan pemuda kaki masjid?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2009 04:40 PM | Show all posts
asyik2 buat filem rempittt
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 05:32 PM | Show all posts
bodonya sape suka tengok citer2 mcm nie..takder pengajaran langsung..mat rempit bangsa paling bangsat (lagi bangsat dari Yahudi) atas muka bumi nie pon nak diagung2kan..kecik2 tanak mati..besar2 nyusah orang..takder keja lain ler pengarah2 filem malaysia nih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.567133 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list