View: 1946|Reply: 0
|
MAKAF rancang tubuh akademi
[Copy link]
|
|
MAKAF rancang tubuh akademi
Nur Azmi (dua dari kanan) meraikan kejayaan Affifudin memenangi emas Sukan Asia 2022.
HANGZHOU: Pencapaian satu pingat emas dan dua perak dari karate adalah disifatkan yang terbaik selepas 15 tahun oleh Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF).
Susulan kejayaan itu Presiden MAKAF, Datuk Nur Azmi Ahmad mengumumkan akan menubuhkan akademi karate di setiap zon termasuk Sabah dan Sarawak untuk proses pembangunan sukan berkenaan.
Akademi itu adalah satu keperluan ketika ini bagi mempersiapkan atlet pelapis agar mereka mampu mengambil alih tempat senior.
"Saya akan bawa bekas atlet yang pernah menyumbangkan pingat mengendalikan akademi yang akan ditubuhkan untuk memastikan kecemerlangan sukan karate berterusan.
"Sasaran kita adalah untuk 2027 dan lebih banyak atlet muda akan lebih banyak pingat kepada negara," katanya.
Emas dari karate yang hadir pada hari terakhir menjadi penyelamat kontinjen negara di temasya kali ini dengan kejayaan keseluruhan enam emas, lapan perak dan 18 gangsa.
Lebih membanggakan ia disumbangkan oleh atlet muda mereka yang berusia berusia 24 tahun, Muhammad Arif Affifudin Abd Malik.
Manakala dua perak dari sukan berkenaan di sumbangkan oleh kata wanita individu dan berpasukan terdiri daripada Nathalia Sherawinnie, Nancy Nelly, Lovelly Anne, masing-masing berusia 19 tahun.
Tegas Azmi, beliau juga akan memohon kepada Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membantu MAKAF menaikkan taraf sukan itu ke peringkat lebih tinggi.
Pada edisi lalu di Jakarta-Palembang kontinjen karate negara sekadar meraih satu gangsa menerusi S Prem Kumar bagi kategori -60 kilogram
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... ncang-tubuh-akademi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|