CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5727|Reply: 0

[Selangor] Bekalan makanan Selangor cukup 3 bulan

[Copy link]
Post time 25-2-2024 05:21 PM | Show all posts |Read mode

Amirudin (dua kanan) meninjau gerai Jualan Termurah Madani sambil ditemani Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi. FOTO: AMIR KHALID/KOSMO!

KUALA SELANGOR – Bekalan makanan di Selangor akan mencukupi sekurang-kurangnya tiga bulan ketika menghadapi sebarang kemungkinan termasuk musim kemarau.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini melibatkan dari segi makanan berunsurkan karbohidrat iaitu beras dan protein sama ada ikan, daging atau ayam.

Katanya, kerajaan negeri ketika ini sedang membina sebuah gudang di utara Selangor bagi memastikan kejayaannya.

“Insya-Allah, kalau projek ini lengkap dan Selangor akan mempunyai keterjaminan makanan antara tiga bulan. Maknanya, kalau hadapi peperangan sekitar (antarabangsa) dan beras tidak dapat diimport dan sebagainya, kita masih ada bekalan makanan.

“Jadi, Selangor akan menjadi satu-satunya negeri di Malaysia yang akan mempunyai daya tahan kerjaminan makanan selama tiga bulan tanpa ganggu gugat daripada mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan ekspo Jualan Termurah Madani di Tanjong Karang, hari ini.

Beliau menambah, keterjaminan tempoh tiga bulan tersebut sangat relevan memandangkan Selangor mempunyai kira-kira tujuh juta rakyat.

“Kalau kita punyai tujuh juta rakyat dan hendak simpan beras satu hari untuk setiap rakyat, maknanya katakan 100 gram banyak jumlahnya.

“Justeru, kita sediakan untuk tiga bulan dulu dan tidak bermakna tidak bergerak simpanan itu (bagi jualan mana-mana program kepada rakyat). Bila kita habiskan sekilo, kita akan gantikan dengan jumlah sama,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Amirudin menjelaskan, akan mengabungkan Jualan Ehsan Rakyat (JER) anjuran kerajaan negeri dengan Jualan Termurah Madani bagi menambahkan pilihan kepada rakyat seperti dilakukan sebelum ini dalam Jualan Ehsan Rahmah hasil kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

“Kita sasar paling tidak satu parlimen satu kali dapat dibuat dalam tahun ini dengan melihat kepada kekuatan dan kemampuan kita. Saya akan mempertemukan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor dalam mencari pendekatan lebih baik dan tidak menelan subsidi besar sebaliknya barangan sampah ke rakyat dengan harga murah,” katanya. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ngor-cukup-3-bulan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.037904 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list