CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3004|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kes rogol babitkan remaja bawah umur 16 tahun meningkat - Polis

[Copy link]
Post time 27-2-2024 04:22 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Shuhaily Mohd Zain

Kuala Lumpur: Jumlah kes rogol dalam kalangan remaja bawah umur 16 tahun yang meningkat sejak kebelakangan semakin membimbangkan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Beliau berkata, walaupun atas dasar persetujuan bersama, namun perbuatan yang dalam istilah undang-undang dirujuk sebagai 'statutory rape' itu, tetap diklasifikasikan sebagai kes rogol kerana membabitkan pelaku bawah umur.

"Mengikut rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat peningkatan 202 kes iaitu 11.8 peratus tahun lalu berbanding pada tahun 2022," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata, paling menggusarkan ialah kebanyakan kes membabitkan golongan B40, dan menurutnya antara faktor jenayah ini berlaku adalah kurang penyeliaan ibu bapa, selain akses mudah kepada bahan lucah di Internet.


Katanya dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan mengawasi anak-anak serta perlu celik teknologi maklumat bagi mengawal penggunaan Internet untuk mengelak daripada anak-anak mereka melayari laman sesawang yang tidak sepatutnya.

Perubahan landskap komunikasi tanpa sempadan dan akses yang mudah memberi kesan ketara kepada golongan kanak-kanak sehinggakan boleh mengakses bahan-bahan terlarang tanpa kawalan dan akhirnya terjerumus dalam aktiviti yang tidak bermoral.

"Jika dulu bahan lucah sukar didapati, namun kini semuanya di hujung jari saja, semua bahan ini mudah untuk akses di telefon pintar tanpa mengira usia," katanya.

Shuhaily berkata, kecetekan ilmu dan kawalan ibu bapa dalam memahami kod kandungan laman sesawang yang dilayari oleh anak-anak memberi kesan yang negatif terutamanya apabila mereka membenarkan anak-anak pada usia seawal lima tahun untuk mengakses Internet atas alasan untuk dijadikan bahan dalam pendidikan anak-anak.

Untuk mencegah masalah ini daripada menjadi barah dalam masyarakat, beliau berkata, polis tidak boleh bersendirian, sebaliknya ia memerlukan gandingan kerjasama semua pihak termasuk institusi keluarga, institusi pendidikan mahupun pembuat dasar untuk sama-sama menanganinya masalah ini.

"Dasar yang baik akan menzahirkan kelompok masyarakat yang baik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hun-meningkat-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.035697 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list