CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8190|Reply: 0

[Perak] 28 kenderaan mewah disita sekitar Perak, Selangor

[Copy link]
Post time 4-3-2024 02:17 PM | Show all posts |Read mode

KENDERAAN mewah yang disita dalam serbuan di 12 lokasi berasingan di Perak dan Selangor sejak bulan lalu

IPOH – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak menyita 28 kenderaan mewah pelbagai jenama dalam serbuan di 12 lokasi berasingan di sekitar Perak dan Selangor sejak Januari lalu.

Pengarah JKDM Perak, Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata, kenderaan dengan nilai cukai keseluruhan sebanyak RM10.4 juta itu disita kerana dipercayai melanggar syarat pengecualian duti dan cukai.

Katanya, dalam serbuan itu, 11 individu berusia antara 40 hingga 50 tahun yang disyaki pemilik kenderaan dan syarikat ditahan bagi membantu siasatan.

“Kesemua kenderaan import itu disita bagi kesalahan ketidakpatuhan dan pelanggaran syarat atas pengecualian duti dan cukai. Sepatutnya, kenderaan itu disimpan di dalam gudang berlesen yang diluluskan tapi kita rampas di tempat lain.

“Sebuah lagi kenderaan yang disita mempunyai nombor berpendaftaran di Langkawi dan telah berada di Semenanjung melebihi 90 hari,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada pemilik kenderaan dan syarikat terlibat memiliki permit import (AP) atau tidak. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... tar-perak-selangor/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.039904 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list