CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7547|Reply: 0

[Selangor] ‘Bertumbuk’ nak cium hajarul aswad, buat benda haram

[Copy link]
Post time 4-3-2024 03:27 PM | Show all posts |Read mode

Insiden tular tersebut.

PETALING JAYA – “Kita berasak-asak, tumbuk-tumbuk. Kita nak buat benda sunat (cium hajarul aswad) sampai kita buat benda haram,” tegur pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Fauzi Jaafar.

Teguran tersebut selepas tular video seorang pempengaruh dan usahawan terkenal membawa sekumpulan wanita termasuk isterinya untuk mencium hajar aswad.

Muhammad Fauzi menjelaskan, tiada masalah sama ada untuk mencium atau tidak hajarul aswad tersebut kerana ia bukan penentu ibadah umrah atau haji mabrur diterima Allah.

“Kata Saidina Umar, ‘aku takkan cium kamu ni (hajarul aswad) kalau tak kerana Rasulullah cium kamu’. Nampak maksud dia.

“Kita pergi siku, tolak orang, orang yang tua pun kita tolak. Saya pernah nampak orang perempuan sampai tertarik telekung, terkeluar rambut sebab nak cium hajarul aswad sahaja.

“Manusia ni kadang tak nampak apa benda perkara sepatutnya dia buat dan tak patut dibuat,” katanya pada video dimuat naik pada TikTok.

Dalam pada itu, Muhammad Fauzi menasihati umat Islam untuk memberikan keutamaan kepada perkara yang sepatutnya dilakukan sewaktu di Tanah Suci.

“Yang sepatutnya dibuat ialah tawaf, selain daripada melaksanakan perkara sedemikian. Dapat cium atau tak dapat cium hajarul aswad, tak ada masalah.

“Allah tahu dan ia bukan penentu haji atau umrah kita mabrur atau tidak diterima Allah,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, hajarul aswad yang dilihat pada Kaabah bukan yang sebenar, bahkan ia hanya kepingan-kepingan sahaja.

“Kita pergi cium tu, habis dengan air liur orang Arab sebagainya,” katanya.

Dalam video berdurasi lebih dua minit yang tular itu, kelihatan pempengaruh dan usahawan terkenal tersebut terpaksa menolak dan menjerit kepada jemaah lain untuk memberi laluan kepada beberapa jemaah wanita yang dibawa bersamanya.

Sehubungan itu, rata-rata ramai mengecam tindakan lelaki itu yang dikatakan hanya berbuat demikian semata-mata untuk ‘content’.

Selain itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menjelaskan, hukum mencium hajar aswad adalah haram sekiranya ia menyebabkan masalah dan membahayakan diri sendiri atau orang lain.

Beliau dipetik berkata, meskipun mencium hajar aswad adalah ibadah, namun ia sunat untuk dilakukan.

Terbaharu, hasil semakan Kosmo! di media sosial pempengaruh terbabit, video tersebut telah dipadam hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... d-buat-benda-haram/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.037244 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list