CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8002|Reply: 0

[Perak] Lelaki jatuh sungai ditemui lemas

[Copy link]
Post time 18-4-2024 12:24 PM | Show all posts |Read mode

PASUKAN penyelamat membawa mayat lelaki yang mati lemas selepas dipercayai terjun ke dalam Sungai Perak, Dataran JPS di Teluk Intan, hari ini. - Foto IHSAN JBPM

TELUK INTAN – Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Perak di Dataran JPS, Jalan Bandar, dekat sini semalam, ditemui lemas hari ini.

Mayat lelaki berusia 50-an itu dijumpai pasukan penyelamat di tebing seberang Pulau Bangau pada jarak lima kilometer dari lokasi dia dipercayai terjun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada 2.20 petang semalam.

Katanya, sepasukan anggota termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Teluk Intan digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, kita menerima maklumat dari pihak polis bahawa terdapat seorang mangsa lelaki berumur 50-an dipercayai membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai.

“Berikutan itu, komander operasi segera melakukan penilaian risiko di lokasi kejadian sebelum mengarahkan anggota membuat pencarian di permukaan sungai dengan menggunakan dua buah bot penyelamat,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, operasi yang disambung hari ini berjaya menemukan mangsa apabila mayatnya ditemui Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Teluk Intan pada pukul 7.55 pagi. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ngai-ditemui-lemas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.196322 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list