CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7359|Reply: 0

[Tempatan] RM83.6 juta disalur KPKT biaya projek awam di Melaka

[Copy link]
Post time 19-5-2024 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (kiri) menyampaikan replica cek kepada EXCO Kanan Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin. - NSTP/NAZRI ABU BAKAR





MELAKA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM83.66 juta kepada Melaka bagi membiayai 17 projek naik taraf dan baik pulih kemudahan awam.

Menterinya, Nga Kor Ming, berkata ia merangkumi projek-projek baharu dan sambungan yang penting untuk pembangunan komuniti bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat di negeri ini.

"Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu adalah yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka. Nilai terbesar RM22.31 juta adalah untuk pembinaan baharu Program Rumah Mesra Rakyat (RMR)," katanya.

Kor Ming berkata demikian pada sidang media selepas melawat Medan Selera Sultan Muhammad di Batu Berendam sempena program Sentuhan Kasih KPKT, di sini hari ini.

Beliau turut menyampaikan replika cek peruntukan berkenaan kepada EXCO Kanan Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin.

Antara projek baharu ialah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Katil dengan peruntukan RM15.5 juta dan tiga projek pembangunan Kampung Baru Cina sebanyak RM4.55 juta.

Dua projek Program Penyelengaraan Perumahan dan Tabung Penyelengaraan Perumahan Malaysia (RM7.5 juta), Projek Naik Taraf Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu (RM500,000), Projek Pasar Jasin (RM3.5 juta).

Projek Pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan Melaka (RM8 juta), Projek Naik Taraf Taman Awam dan Pembangunan Persekitaran Kehidupan Negeri Melaka (RM1.5 juta), Projek Pembinaan Sel Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sungai Udang (RM3 juta).

Selain itu, dua projek baik pulih rumah dan bina baharu (RM3.75 juta) serta Kajian Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (RM1 juta), manakala sambungan PPR Pulau Gadong pula menerima peruntukan RM12.55 juta.

Kor Ming memaklumkan, semua projek berkenaan bermula serta-merta dan wajib disiapkan pada penghujung tahun ini.

"Pada 31 Disember nanti, pegawai KPKT akan datang memeriksa sama ada semua kerja dilakukan memuaskan atau tidak. Kepuasan rakyat menjadi kebanggaan semua yang berada di bawah KPKT. Kita juga akan pantau ketat bagaimana peruntukan digunakan," katanya.

"KPKT sudah jelajah hampir semua negeri dan memberi jaminan tiada yang tertinggal dan terpinggir. Jangan kata ada pilihan raya baru turun padang kerana KPKT sentiasa berada di padang untuk selami perasaan rakyat, fahami rintihan dan dengar suara hati rakyat," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.499341 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list