CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7334|Reply: 0

[Tempatan] SOP TH berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2015 perkhidmatan haji

[Copy link]
Post time 19-5-2024 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Khairoddin Ahmad.





MAKKAH: Prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah ketika berada di Tanah Suci, sudah mencukupi untuk petugas dengan berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2015 perkhidmatan haji.

Pengarah Operasi Maktab TH, Khairoddin Ahmad, berkata ia adalah prosedur yang perlu dipatuhi untuk berdepan sebarang kemungkinan, termasuk musibah seperti kejadian kren tumbang dan rempuhan Mina sebelum ini.

"Pada masa sama, selain SOP Tabung Haji akan berdepan cabaran terbesar yang dihadapi ketika operasi Masyair dengan mengikut sistem pengurusan berkenaan. Ia termasuk dari segi persiapan untuk membawa jemaah haji ke Arafah, Muzdalifah, Mina dan patah balik ke penginapan di Makkah.

"Kerjasama ini amat penting dan kita mendapat kolaborasi daripada pasukan petugas di Jeddah dan Madinah. Kita akan ada kekuatan anggota mencukupi. Selain itu, kita perlu komunikasi dengan baik, lebih-lebih lagi dalam menghadapi cabaran operasi Masyair nanti," katanya kepada petugas media TH, di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Khairoddin berkata, terdapat 12 maktab meliputi 18 bangunan penginapan di Makkah dengan setiap maktab menempatkan 3,000 jemaah.

Beliau berkata, pengurus ialah antara orang yang dipertanggungjawabkan dalam memastikan keselesaan jemaah sebelum mereka sampai, dengan memastikan segala keperluan mengikut standard yang ditetapkan.

"Bagi musim haji kali ini, Pasukan Pusat Perkhidmatan Maktab 87 dianggotai 106 petugas, termasuk 14 orang di pejabat, selain dua Pembimbing Ibadat Haji di Tanah Suci (Pihtas).

"Sementara menunggu operasi Masyair, kita penuhkan dengan program dan pengisian ibadah haji supaya jemaah kita bersedia," katanya.

Sementara itu, Khairoddin berkata, sistem pemakaian lanyard yang berbeza warna dalam kalangan jemaah haji Malaysia mengikut maktab penginapan yang diperkenalkan sejak 2017, diteruskan bagi melancarkan operasi musim haji 1445H/2024.

Beliau berkata, lanyard pertama mempunyai empat warna bagi menentukan pengenalan zon penginapan bagi jemaah haji ketika melakukan umrah pertama ketika tiba di Tanah Suci Makkah.

"Ia bagi memudahkan Unit Peronda TH di Masjidil Haram mengenal pasti hotel penginapan jemaah berkenaan jika mereka tersasar daripada kumpulan.

"Satu lagi lanyard yang mempunyai lapan warna pula harus dipakai setiap masa kerana ia merupakan tanda pengenalan kepada maktab jemaah terbabit sama ada Maktab 77, Maktab 78, dan sebagainya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairuddin memaklumkan dalam hal pemilihan hotel penginapan untuk jemaah haji, TH sentiasa mempertimbangkan pelbagai faktor, termasuk jarak dari masjid serta kemudahan untuk jemaah orang kelainan upaya (OKU) bagi memastikan keselesaan mereka sepanjang tempoh mengerjakan ibadah haji.

"Bagi jemaah OKU atau berkerusi roda, kita akan cuba menempatkan mereka di tingkat yang rendah jika ada kekosongan, selain bilik yang dekat dengan lif.

"Pemilihan bangunan penginapan juga akan melalui penilaian yang ketat, termasuk dari segi kemudahan untuk OKU," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.045994 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list