CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7634|Reply: 3

[Tempatan] Istiadat pertukaran pengawal Istana Negara kembali diadakan

[Copy link]
Post time 19-5-2024 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara yang berlangsung di luar Pintu I, Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA



KUALA LUMPUR: Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.

Istiadat pertukaran di antara pengawal baharu dan lama di hadapan Pintu 1 Istana Negara itu melibatkan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) dan 21 Skuadron Istiadat Berkuda di bawah naungan Markas 12 Briged.

Seramai empat pegawai dan 80 anggota pangkat lain 1 RAMD serta dua pegawai dan 22 anggota pangkat lain dari 21 Skuadron Istiadat Berkuda di bawah naungan Markas 12 Briged terbabit dalam upacara itu.

Istiadat dimulakan pada 9 pagi dengan perbarisan keluar anggota pengawal lama dari dalam pekarangan istana yang mengambil kedudukan di hadapan pintu utama dan kemudian disertai anggota pengawal baharu yang mengambil kedudukan berhadapan mereka.

Ini disusuli upacara penyerahan panji-panji sebagai simbolik pertukaran pasukan sebagai Pengawal Istana baharu dengan disaksikan Pegawai Memerintah 1 RAMD Kolonel Awis Ibrahim.

Istiadat selama 40 minit itu turut diiringi pasukan pancaragam Platun Brass Band 1 RAMD seramai 25 anggota pangkat lain dan Pancaragam Pusat RAMD seramai 30 anggota pangkat lain.

Menariknya, upacara istiadat berkenaan yang dilaksana pertama kali pada 1959 dibuka untuk tontonan awam dan pelancong sejak tahun 1994, iaitu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ke-10, Tuanku Ja'afar ibni Tuanku Abdul Rahman.

Ketika ditemui pemberita, Awis berkata, istiadat berkenaan dilaksanakan empat kali setahun mengikut tarikh tertentu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Alhamdulillah, istiadat hari ini kali pertama dibuat sejak pelantikan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, Januari lalu.

"Istiadat ini bukan sewenang-wenangnya boleh dilaksanakan kerana ia membabitkan kawasan utama istana iaitu pintu kawasan hadapan Pintu 1 Istana Negara yang menjadi laluan utama Seri Paduka Baginda bagi urusan rasmi negara," katanya.

Beliau berkata, skop tugasan pengawal istana tertumpu lebih kepada istiadat, manakala dari aspek keselamatan keseluruhannya di bawah tugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Antara tugasan pengawal istana memberi tabik hormat dan kawalan suku apabila Yang di-Pertuan Agong berangkat tiba dan meninggalkan istana, selain ke atas kunjungan kehormat atau ketibaan tetamu luar serta acara utama iaitu pertabalan dan hari keputeraan.

"Pengawal istana ini juga akan bertugas mengawal pintu istana bermula 6.30 pagi hingga 6.30 petang setiap hari," katanya. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa pendapat @trisnalovezul teringin tak Indon nak kahwin dgn YDP Agong sebab HM Johor terpaling kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 10:56 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 19-5-2024 11:40 AM

Tampaknya apa yang anda tunjukkan itu masih X sehaibat dan semegah ini ...

Bila hal sama dilakukan lagi di Buchingham untuk Junjungan dam Majikan anda yang baru .... Duli Yang Amat Mulia Paduka Agong  King Charles III ?



Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 12:29 PM | Show all posts
"istiadat berkenaan dilaksanakan empat kali setahun mengikut tarikh tertentu"

So when is the next one? Let me know please.

Open to public kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.041560 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list