Ayam Serama.. kemana menghilangnya??
assalammualaikum dan salam perpaduan.. wah.. rasanya putra pernah terbaca thread sebelum ini yg memperbincangkan tentang ayam serama nie.. tapi sekadar perbezaan antara ayam serama dan kapan...
di sini putra ingin bincangkan tentang keistimewaan ayam serama.. suatu masa dahulu yg melalui kegemilangannya dan mengharumkan nama malaysia...
di ketegorikan sebagai ayam tercantik dan terkecil dunia.. ayam serama nie sebenarnya tiada catatan bertulis tentang asal usulnya ini.. maklumat tidak rasmi(berbualan org ramai) menyatakan ayam serama berasal dari kelantan. ayam serama yg ada sekarang adalah hasil daripada kacukan beberapa ekor burung exotic seperti burung hutan, bantam dan juga merpati.. tapi sejauh mana kebenarannya putra tak pasti.. yang pastinya putra tahu keturunan ayam nie berasal dari ayam jenis bantam yg di bawa oleh jepun semasa perampasan kuasa oleh tentera jepun di malaysia.. japanese bantam..
ayam serama yg dahulunya sangat popular di negeri kelantan(negeri ati beb hehe) dan sebelum ia popular ke negeri2 luar seperti singapura, thailand dan seluruh negeri malaysia mempunyai harga yg murah berbanding selepas ia cukup terkenal.. agaknya pada masa itu baka yg cukup baik tak sampai RM500 dah boleh mendapatkannya..
setelas ia terkenal seluruh malaysia hasil pertolongan media2 semasa, harganya melonjak mendadak dan sukar dipercayai oleh akal fikiran.. dulu bapa putra pun seorg peminat ayam serama... dan telah membeli baka terbaik dari anak ri kedah (ayam serama yg sungguh terkenal dan slalu memenangi tempat pertama di kedah) dengan harga RM1000 seekor.. berumur sebulan.. alhamdulillah pernah menduduki tempat kedua dalam acara anak muda..
total anak ayam serama yg mempunyai baka terpilih ataupun juara mempunyai harga antara RM1000 hingga RM2000.. dan manakala anak ayam yg agak dewasa boleh mencapai harga antara RM2000 hingga RM10000.. dan putra penah tgk seorang cina di tempat putra membeli seekor baka juara dengan harga sebijik kancil.. wah!! cukup gila harganya kan? tapi itulah realitinya kpd peminat2 ayam serama.. wang bukan menjadi ukuran, sebaliknya kepuasan menjadi ukuran.. ayam serama mempunya berat antara 150 gram hingga ke 500 gram.. jika lebih daro 500 gram maka ia akan tergolong dalam kumpulan ayam kapan.
ayam2 serama yg menempah nama di malaysia dan juga luar(maaf gambar takda dalam koleksi):
1)sri kelantan
2)sri kedah
3)sri pinang
gambar2 ayam serama wat tontonan umum:
tapi masa telah berlalu... kegemilangannya sudah berakhir.... apakah nasib si kecil molek ini di masa sekarang? seperti haiwan2 lain yg pernah menempatkan nama seperti ikan laga indonesia, flower horn.... semuanya tidak sepopular dahulu... nampaknya rakyat malaysia ini menjadikan pemeliharaan haiwan ini sebagai satu musim..
[ Last edited by ati1402 at 9-5-2009 23:09 ] |