Sumber: Malaysian Digest
.
Dua hari lalu pasangan selebriti sensasi, Zain Saidin dan Rozita Che Wan (Che Ta) memuat naik sekeping foto romantis mereka di Instagram masing-masing. Apa yang menjadi bualan hangat ramai adalah kerana foto berkenaan memperlihatkan mereka sedang berbaring di atas katil dan Zain dalam keadaan tidak berbaju.
Mengulas mengenai isu tersebut, Zain berkata dia tidak ambil pusing mengenai kritikan sesetengah pihak yang berpendapat, aksi tersebut adalah terlalu peribadi dan tidak sepatutnya menjadi tatapan umum.
"Apa-apa gambar kami tak kisahlah sama ada saya atau isteri saya yang muat naik di laman instagram, tetap akan jadi kontroversi, tetap akan jadi cerita. Jadi saya dah jangka dah yang gambar tu akan diperkatakan ramai, saya dah biasa kalau jadi buat mulut orang. Saya tak kisah. Tapi sebenarnya gambar tu tak ada isu pun. Saya saja upload", itu kata pelakon Zain Saidin ketika ditemui pada sidang media sitkom popular yang berkonsepkan pendidikan, 'Oh My English' musim ketiga di S.M.K Sri Serdang, semalam.
Tambah suami kepada aktres Rozita Che Wan ini lagi, selagi gambar itu tidak menjejaskan kerja juga nama baik keluarganya, dia tidak akan memadamkan gambar berkenaan dari Instagramnya.
"Bagi saya, janji gambar yang saya muat naik itu tidak menunjukkan sesuatu yang melampau atau yang tidak sepatutnya dilihat umum. Dan setakat ini, gambar itu tidak menjejaskan kerja juga nama baik keluarga saya. Jadi saya akan biarkan saja gambar itu. Saya tak akan padam", tuturnya.
Dalam pada itu Zain turut meluahkan rasa berdebar dan teruja kerana bakal bergelar ayah tidak lama lagi. Begitupun dia dan Che Tah belum membuat apa-apa persiapan menyambut cahaya mata mereka memandangkan usia kandungan Che Ta baru berusia tiga bulan.
"Saya tahu Che Tah nak sangat anak perempuan. Bagi saya pula, saya tak mahu berharap sangat. Saya terima apa saja pemberian Allah.
"Buat masa ini kami belum buat apa-apa persiapan. Tapi masa kahwin hari tu, ada kawan yang hadiahkan katil bayi. Tapi kalau kami ke luar negara untuk bercuti, kami akan beli beberapa barang bayi sebagai persiapan sedikit demi sedikit", katanya.
Mengenai perkembangan karier pula, Zain muncul dalam sitkom 'Oh My English!' (OME!) musim ketiga mulai 18 Mei ini. Selain, dia bakal menjalani penggambaran sebuah telemovie di New Zealand selama dua minggu.
http://www.malaysiandigest.com/h ... li-kontroversi.html
|