selsema burung? panik jugak aku. otak ligat je berfiikir nak buat mcmana kalau terjadi. so far belum ada lagi kawasan berhampiran yg kena. kekadang jiran sindir gak. tapi diorang tak sedar, ayam kampung yg diaorang bela tu lagi berisiko.nak buat mcmmana? kalau terpaksa musnah, berserah saja la.
yg aku selalu risau 1 je. bila time ada orang kena demam denggi. ha....berasap la burung aku...fenin...fenin...kadang2 aku cepat2 maklumkan pd tukang sembur tu, alhamdulillah diaorang beri kerjasama.
memang minat nak ternak burung yg besar tu. tu english budgie. aku dah tinjau2 pet shop sekitar bandar ipoh. ada 1 jantan dan 3 betina aje. tak banyak pilihan. tu pun muka monyok semacam. tak sehat. rugi kalau beli.
laah hang duk ipoh ker?? aku asal ipoh gak.. try cari kat kedai haf fatt(betul ker aku eja?) aku tgk byk binatang exotic kat dia... kau tgk burung english budgie tue brapa RM sepasang? kot2 leh aku tlg ko cari kat kedai kwn aku.. nanti tunggu aku balik kedah dulu la..
aku dok merata-rata.hehehe....aku kerja ngan syarikat pembinaan. HQ kat taiping. Umah kat tapah. skg aku kat sungai besar selangor. baru 3 minggu kat sini. sapa yg dr sg besar ni leh la bgtau aku kat mana pet shop?
harga english budgie yg kat ipoh tu kalau tak silap aku sekor rm 120. kedai haf fat tu yg kat mana? kat hospital tu ker?
Tq Azam ...untuk 3 pasang tu sarangnya berapa kaki lebar yang paling sesuai? Masa bela dulu beli kat pet shop yang kecil ..agaknya kecil sangat tak sesuai...
ok ampa nak tau puling nie adalah burung yg terdapat di malaysia... org utara panggil serindit gajah... dilindungi dan memerlukan lesen utk bela sama seperti lovebird..
terdapat 3 jenis burung dalam kategori lovebird or parrot di malaysia nie...
yg paling kecil adalah serindit/ serindit dagu merah.. yg jantan dagu merah..
ok. kau buat sangkar 3 kaki lebar, 4 kaki panjang dan 4 atau 5 kaki tinggi dah cukup. gantungkan 4- 5 sabut kelapa / sarang. biar mrk pilih mana yg sesuai. beli yg dah besar kat kedai tu. kalau yg matang tu senang je nak pastikan, 'cere' dah keluar warna, tu tanda matang. ok. selamat mencuba semoga berjaya. ada apa2 tanya lagi....