CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abede

umor berapa bulan kuchen tau buat baby???

[Copy link]
 Author| Post time 2-11-2009 12:40 PM | Show all posts
owhh macam tuh..tapi buat masa ni tak rasa tak sampai hati nak neuter lagi..rasa kesian pulak sebab fitrah depa utk berkahwin jugak.. Kalau ada jenis ubat tu ok la jugak.
hmm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2009 12:56 PM | Show all posts
owhh macam tuh..tapi buat masa ni tak rasa tak sampai hati nak neuter lagi..rasa kesian pulak sebab fitrah depa utk berkahwin jugak.. Kalau ada jenis ubat tu ok la jugak.
hmm...
abede Post at 2-11-2009 12:40


abede.. kalau x mau neuter ... kita kenalah berikan dia pasangan hidup, sbb abede nak dia menjalani hidup mcm biasakan..  sbb kalau dia on heat tapi tak bagi pasangan pon itu dikira menyiksa gak... sbb tu ada kes, kucing yg dibela dr kecik.. manja & jinak.. tiba2 menjadi liar, ganas & menyerang tuan sendiri... kena ambik iktibar tu...
dan 1 lagi, bila dah beranak tu.. kena jaga anak2 tu baik spt mana kita jaga ibunya.... tak mau lar bila beranak tapi anaknya di buang2 kat luar.. ini menambahkan populasi kucing terbiar (stray cat). sedih tau tgk anak2 kucing terbiar..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 03:11 PM | Show all posts
1# abede

pasangan kucing yg awk nk kahwinkan ni jenis biasa2 ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2009 03:19 PM | Show all posts
7# leotazz818

yup..betul tu sebab tu le saya beli sepasang sekor jantan dan sekor betina...
Sebab dlm islam nih kalo nak bela binatang kena bela secara berpasangan...fitrah

Bukan setakat binatang ja..kalau pokok pun saya akan pastikan saya akan tanam sekurang-kurangnya 2 pokok...hehehe ini pesanan orang tua-tua pada saya la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2009 03:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by abede at 2-11-2009 15:54

8# Crayola

saya tak pasti la jenis apa..ada orang cakap DLH..tu ada gambar kat atas tu (thread gambar kucing korang page 25 post# 605 kut? )...
err..saya rasa umur kucing saya ni muda lagi baru 4 bulan. Orangkata masih kanak-kanak lagi kut..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 05:03 PM | Show all posts
7# leotazz818  

yup..betul tu sebab tu le saya beli sepasang sekor jantan dan sekor betina...
Sebab dlm islam nih kalo nak bela binatang kena bela secara berpasangan...fitrah

Bukan setakat bin ...
abede Post at 2-11-2009 15:19


haa.. btol tu...
lg satui jgn takut2 neuter kucing.. bukan berdosa, pihak JAKIM sudah kluarkan fatwa bahawa kembirikan binatang peliharaan adalah diharuskan....

We have referred to the "Jawatankuasa Kemajuan Islam Malaysia" regarding the neutering of pets. Below is the "fatwa" issued by JAKIM (July 2002):

"All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community."

"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."

After studying the messages of the aforementioned "mazhab"s and the medical viewpoint of the SPCA animal experts, 'JAKIM' has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".


haa.. dah terang lg bersuluh... so jgn ragu2 lg.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2009 06:01 PM | Show all posts
11# leotazz818

off topic: k.leo.. saya suka sgt baca post2 dari k.leo ;) ;)
btw, avy tu gambar ank2 k.leo ke? berapa umur diorg?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 09:20 AM | Show all posts
11# leotazz818

off topic: k.leo.. saya suka sgt baca post2 dari k.leo ;) ;)
btw, avy tu gambar ank2 k.leo ke? berapa umur diorg?
Crayola Post at 2-11-2009 18:01

thx crayola.. k leo ada peminat rupenye.. ;)
x leh selalu offtopic ni.. kang terpesong dr tajuk tau...
nnt gath.. datang la.. kita leh kenal & tanye mcm2... tentu seronok kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2009 11:20 AM | Show all posts
kucin saya baru nak masuk 6 bulan esok. Tapi dia da mengiau2 miang lak. Huwaa. Nak kawenkan Kaboo dengan sapa ni? Takde lak awek cun kat bawah ni. Kaboo ni indoor cat tak pernah kuar umah. Nak kena carikan awek ke? Umur bape da bleh neuter ek?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 11:23 AM | Show all posts
kucin saya baru nak masuk 6 bulan esok. Tapi dia da mengiau2 miang lak. Huwaa. Nak kawenkan Kaboo dengan sapa ni? Takde lak awek cun kat bawah ni. Kaboo ni indoor cat tak pernah kuar umah. Nak kena ca ...
anumqis Post at 5/11/2009 11:20



anum, umur 6 bulan tu dah boleh neuter dah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 11:28 AM | Show all posts
Da boleh ek? Aritu akak kat klinik tu cakap umur setahun baru boleh. Patut la Kaboo ni asik nak berpeluk2 je. Da bujang rupenya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 11:31 AM | Show all posts
ha lagi satu. kucin in heat, memang tak berapa selera nak makan ke? nak kena suap sesudu2 lak. memang jadi mcm ni ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 11:37 AM | Show all posts
ha lagi satu. kucin in heat, memang tak berapa selera nak makan ke? nak kena suap sesudu2 lak. memang jadi mcm ni ke?
anumqis Post at 5/11/2009 11:31



kalau vet memang diorang akan rekemen umur 6 bulan ke atas untuk neuter.
kucing in heat memang akan kurang selera makan sebab asyik nak keluar cari pasangan.
itu sebab kita selalu jumpa kucing kena gelek tepi jalan tu...
salah satu sebab ialah diorang dah tak kisah benda lain melainkan mencari pasangan saje.
sampai sanggup gaduh dan meredah jalanraya sibuk nak cari girlfriend / boyfriend... hu hu hu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 11:49 AM | Show all posts
macam tu rupanya. macih Boocik. takyah la risau lagi Kaboo tak berapa selera.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 12:07 PM | Show all posts
macam tu rupanya. macih Boocik. takyah la risau lagi Kaboo tak berapa selera.
anumqis Post at 5/11/2009 11:49



kalau u tak nak neuter kaboo, better bagi dia mengawan sebab dia takkan ada selera makan selagi tak dapat mengawan...
tapi just be ready for new kittens la...
if you are not ready for kittens better neuter her.
she'll be healthier and u takyah risau2 about her kittens yang bakal dilahirkan nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 02:39 PM | Show all posts
mak kt kpg x larat nk jge kucing jantan biler tyme mengawan....
akhirnyer kena operate dh 2 ekor jantan tuuuu....

dh xde bby bru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2009 02:58 PM | Show all posts
mak kt kpg x larat nk jge kucing jantan biler tyme mengawan....
akhirnyer kena operate dh 2 ekor jantan tuuuu....

dh xde bby bru
muun Post at 5/11/2009 14:39



kalau dah tak larat nak jaga kittens yang baru lebih baik neuter...
kalau tak, disebabkan terlalu ramai, hidup kittens tu akan terabai sebab takde sesapa jaga.
akhirnya, nanti orang buang kat pasar, kena gelek dengan keta, kena simbah dengan air panas, lagi kesian ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2009 07:58 PM | Show all posts
dah lepas neuter adakah mereka akan tetap mengawan seperti kucing-kucing biasa? ataupun mereka akan terus hidup tanpa nafsu terhadap pasangan?

Andai kata mereka akan jalani hidup seperti biasa dengan fitrah dan naluri utk berkahwin ..ok gak la saya pun rasa teringin nak neuter tapi kalau nafsu mereka terus hilang errr..rasa kesian pulak sebab keinginan berkahwin tu bagi saya adalah fitrah dan nikmat bagi benda hidup..dihilangkan satu nikmat tu ..ishh tak sampai hati la saya..kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 08:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by boocik04 at 6-11-2009 08:53

abede... kita kena ingat walaupun haiwan tu ada keinginan untuk berpasangan tapi dia takde akal nak kawal zuriat dia.
jadi, kalau kucing2 tu beranak pinak, takde sesapa yang akan dapat menjaga kebajikan kucing2 tu.
bila dah terlalu banyak anak2 kucing yang lahir, tu yang nanti manusia yang "kononnya" berakal ni akan buang ke tempat lain macam pasar, kat tempat makan ada jugak yang buang kat jalan raya...
bila dah jadi camni, yang kita sebagai manusia yang berakal boleh kawal pertambahan bilangan anak2 kucing ni (neuter) sebab kalau dah buang sana sini kucing2 tu kiranya kita dah kira menganiaya haiwan bila dorang tak terjaga.
kita sebagai manusia ni selalu fikirkan kucing2 ni macam manusia nak nafsu dan berpasangan tapi bila bab melahirkan anak, mengawal pertambahan anak dan menjaga sampai besar kita tak pulak nak anggap dia macam manusia, kan?

kalau u nak tau lebih lagi tentang fatwa2 ataupun pendapat dari mazhab2 lain tentang neuter ni u boleh rujuk sini:
http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D2&page=1
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 08:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by boocik04 at 6-11-2009 16:25

ini dipetik dari salah satu blog yang tuan punya kucing ragu2 nak neuterkan kucing dia:

Semasa menghantar Jerry & Totty berjumpa Vet di wangsa maju baru-baru ni, saya terpandang potongan kertas yang dipaparkan pada papan kenyataan di klinik tersebut mengenai hukum mengembiri/kasi/mandulkan kucing dalam Islam oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

Begitu lama saya cuba menghindarkan diri dari mengembirikan kucing saya, namun apabila dibiarkan sehingga menjadi 10 ekor hanya dalam masa 6 bulan, anda semua tentu faham macam mana keadaannya dalam masa setahun, 2 tahun yang akan datang. Apatah lagi saya yang sering tidak mempunyai cukup waktu untuk menguruskan mereka. Masalah kesihatan kucing dan keluarga juga mula timbul. Saya ajukan persoalan ini kepada ibu kesayangan. Dia juga sukar menerima kenyataan yang saya berniat untuk kembirikan kucing2 saya.

Melalui sebuah forum yang saya sering kunjungi, saya terjumpa 'thread' mengenai persoalan ini. Beliau yang bukan berbangsa islam banyak melibatkan diri dalam aktiviti sukarela menyelamatkan anjing dan kucing, telah mengajukan soalan yang serupa kepada laman web JAKIM kerana baginya ramai orang2 islam sukar kembirikan kucing kesayangan mereka baik dari sudut agama juga dengan pelbagai alasan.

Begini lah jawapan yang diberikan oleh JAKIM kepada beliau :

Memandulkan binatang yang harus dimakan dagingnya seperti lembu, kerbau, kambing dan sebagainya adalah harus hukumnya tetapi hendaklah dimandulkan binatang itu semasa kecil untuk menjadikan ia lebih gemuk.

Walau bagaimanapun, menurut Keputusan Panel Kajian Syariah pada 3&4 April 2000, mengembiri binatang kesayangan yang tidak boleh dimakan seperti kucing atau anjing adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ummah.

Maslahah ummah bermaksud jika binatang itu membawa penyakit atau menjaga keselamatan manusia serta kesejahteraan persekitaran dan sebagainya.

Seterusnya saya terjumpa pula link dari persatuan kucing - http://www.felinemalaysia.com/FA ... TER/MENGKASI_KUCING

Berikut ialah petikan dari laman web tersebut menjelaskan persoalan saya:

Below is the "fatwa" issued by JAKIM (July 2002):

"All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community."

"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."

After studying the messages of the aforementioned "mazhab"s and the medical viewpoint, 'JAKIM' has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".


HUKUM JUAL/BELI KUCING

HARUS menjual binatang yang tidak boleh dimakan atas sebab minat atau kebolehan tertentu seperti kucing dan monyet untuk perhiasan dan memanjat buah kelapa dan ular untuk kajian. Tetapi HARAM menjual binatang liar yang tidak dijinakkan dan bukan bertujuan untuk kebaikan seperti kajian contohnya kucing liar, harimau yang bukan untuk kajian atau pelajaran.

Setelah berbincang dengan panjang lebar dengan pihak JAKIM, adalah disimpulkan bahawa :-

Secara am, HARUS mengkasi apabila proses tersebut membawa kebaikan yang lebih kepada haiwan tersebut.

Antaranya :-

1. Mengkasi dapat menghindarkan haiwan peliharaan daripada penyakit, garang, kencing merata-rata. spray, buang air merata-rata dan stress apabila tiada haiwan betina.

2. Mengkasi di HARUSkan apabila kita dapat mengelakkan masalah apabila haiwan tersebut tidak di kasi. seperti, beranak-pinak sehingga kita tidak mampu menjaganya dan terpaksa membuang haiwan tersebut, apabila kita tidak tahu menjaga haiwan tersebut apabila ia melahirkan anak.

3. Menjual haiwan yang dikasi diHARUSkan apabila kita tidak dapat mempastikan bahawa pembeli haiwan tersebut tahu akan masalah-masalah yang akan wujud apabila haiwan tersebut tidak dikasi dan bagi mengelakkan masalah-masalah yang mungkin wujud sekiranya haiwan tersebut tidak dikasi.

4. Mengkasi dibolehkan apabila kita tidak mengetahui asal-usul dan tahap kesihatan haiwan tersebut yang mana ia boleh memberi masalah apabila haiwan tersebut dibiakkan.

5.Didalam peraturan pertandingan iaitu kucing tertentu mestilah di NEUTER atau SPAY. Ia adalah bertujuan untuk mengelakkan kucing tersebut digunakan untuk tujuan yang kurang baik seperti membiakkan secara terlampau tanpa mengira kesihatan kucing tersebut dan keraguan keatas genetik kucing.Apabila timbul keraguan, dan jika pilihan terbaik ialah meletakkan syarat tersebut maka ianya dibolehkan.


Dengan penjelasan ini, saya berharap rakan-rakan yang mempersoalkan tindakan saya tidak lagi ragu-ragu dengan tindakan saya untuk kembirikan kucing2 kesayangan saya yang kini telah pun menjadi 13 ekor kesemuanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.335486 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list