|
Pelakon ditahan pandu melulu selepas gaduh dengan kekasih
[Copy link]
|
|
Iye iye je pelakon tah takat pemes kat tiktok je kot. La ni kalau pemes kat socmed pun di kira selebriti gak |
|
|
|
|
|
|
|
adakah si anjuling dengan dato pova cipet dia? hahahaha kan selalunya yang topik sensasi dan barang bodoh ni dia punya cerita |
|
|
|
|
|
|
|
ada yg speku yg jatuh tergolek tu Ira Kazar...yg pelakon tu Sol sol....apooo...takkn sol naik myvi kot..... |
|
|
|
|
|
|
|
Tinggal la jantan tak guna mcm tu pompuan.
Nasib baik tak kena lenyek dgn kenderaan lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni pelakon yg watak makan meja belakang sambil minum air epal jus ke? Dapat payment rm50 pastu letak bio *actor* dkt ig |
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon sedia ada pun susah nak kenal nikan pulak pelakon tambahan. Ntah2 yg duk lalu lalang dlm ofis megah holding jah |
|
|
|
|
|
|
|
Haha tpi kereta terlalu marhain la pulak myvi model lama kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon sambilan pandu kereta ‘zigzag’ hingga awek tercampak keluar ditahan polis
Pelakon sambilan pandu kereta ‘zigzag’ hingga awek tercampak keluar ditahan polis
Video tular yang dikongsikan satu akaun Facebook memperlihatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu secara melulu di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Hulu Kelang berhampiran jejambat susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), sebelum kemalangan telah menjadi perbualan netizen di media sosial.
Penumpang tercampak keluar
Lebih parah lagi, tindakan tersebut membuatkan seorang wanita yang juga penumpang kenderaan berkenaan tercampak keluar di tengah jalan dan hampir menjadi mangsa langgar.
Menukar lorong secara zigzag
Susulan daripada itu, menerusi laporan Harian Metro, pemandu kereta berkenaan yang juga seorang pelakon tambahan telah ditahan bagi membantu siasatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, kemalangan yang turut tular di media sosial membabitkan dua kenderaan itu berlaku jam 5.30 petang.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi dipandu selebriti lelaki yang juga pelakon sambilan berusia 30 tahun itu menukar lorong secara zigzag hingga hilang kawalan,
“Kereta itu kemudian hingga terlanggar bahagian sisi kiri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova,” katanya.
Bertengkar dalam kereta
Disebabkan pelamggaran tersebut, kekasih kepada pelakon berkenaan yang berusia 25 tahun telah tercampak keluar namun hanya mengalami cedera ringan.
“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku akibat kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.
“Difahamkan ketika kejadian, lelaki itu bertengkar dengan kekasihnya yang juga penumpang wanita yang tercampak dalam kejadian itu,” katanya.
“Pemandu Myvi itu ditahan untuk siasatan lanjut. Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Pencegahan Jenayah (KPJ) akan dipohon, esok.
“Hasil ujian awal air kencing dilakukan terhadap suspek berkenaan didapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093 bagi membantu siasatan,” katanya.
Sumber:https://ohmymedia.cc/pelakon-sam ... Ui52WDxKvJb6CTYSDrM
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh trauma nya jadi pmpuan tu, nasib tercampak je tak kena lenyek lepas tu |
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon pandu Myvi secara berbahaya, kekasih tercampak
Tular Perodua Myvi kelabu dipandu suspek dipandu secara melulu sehingga mengakibatkan kemalangan.
AMPANG - Seorang pelakon diberkas selepas disyaki memandu dalam keadaan melulu dan berbahaya sehingga mengakibatkan kekasihnya tercampak keluar dari kenderaan dipandunya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) susur Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (Duke) di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu berjaya dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan dan kemudiannya tular di media sosial.
"Siasatan mendapati kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu suspek dengan tiba-tiba menukar lorong secara melulu.
"Perodua Myvi tersebut kemudiannya hilang kawalan dan melanggar bahagian sisi kiri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Katanya, impak pelanggaran tersebut mengakibatkan kekasih suspek yang merupakan wanita tempatan berumur 25 tahun tercampak keluar.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan.
"Siasatan juga mendapati berlaku pertengkaran di antara suspek dan mangsa ketika kejadian," katanya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Suspek yang juga merupakan peniaga ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.
Sumber:https://www.sinarharian.com.my/a ... vi+secara+berbahaya,+kekasih+tercampak&fbclid=IwAR2fPU7PdS6YQEdjmbgCBGAOh4ADNNpuOpoyzkn3yRHQ0WxP1qfnlSFX9cw
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang lelaki mmg gitu peelnya
Kalau bergaduh time bawak keta dah tak pk keselamatan dah, yg dia pk baran dia aje
* pengalaman sendiri * |
|
|
|
|
|
|
|
pelakon yg sedia apa pon tak kenal, apa lg yg cuma jd kayu je. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon sambilan jer pun... jangan kata nak panggil celebriti, nak panggil artis pun tak layak rasanya...puihhh |
|
|
|
|
|
|
|
tak pakai seat belt + tak lock pintu
red flag dah laki begini
|
|
|
|
|
|
|
|
pintu penumpang terbukak....memang impak perlanggaran ke atau dibuka dari dalam |
|
|
|
|
|
|
|
tercampak ke kena campak?
pintu kereta terbukak tu, impak perlanggaran ke |
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan BBNU ke ni? pelakon xtra kau panggil selebriti?? |
|
|
|
|
|
|
|
nasib xde yg eksiden smpi melibatkan nyawa...menyusahkan org je..nak gado,p terjun je la terus dr flyover baru yg area cheras nun |
|
|
|
|
|
|
| |
|