CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: MIND, BODY AND SOUL

 Close [Copy link]
Post time 23-9-2024 11:39 AM | Show all posts
Polis lepaskan tembakan selepas dirempuh kenderaan SUV dinaiki suspek kes pecah rumah




Motosikal anggota polis yang dilanggar suspek kes pecah rumah yang melarikan diri ketika cuba ditahan di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Jumaat lalu. - Foto PDRM





SHAH ALAM: Tiga lelaki suspek kes pecah rumah bertindak agresif melanggar motosikal polis sebelum melarikan diri ketika cuba ditahan dalam kejadian di kawasan perumahan Telok Panglima Garang, di sini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, susulan tindakan melulu suspek dipercayai warga tempatan itu, anggota di lokasi melepaskan satu das tembakan pada tayar kereta Proton X50 yang dinaiki suspek.
Katanya, pihaknya menerima laporan pada jam 2.40 petang berhubung sebuah rumah di kawasan Telok Panglima Garang dipecah masuk sekumpulan lelaki dan anggota balai dan kereta peronda polis (MPV) diarah ke lokasi kejadian.
"Apabila anggota yang menunggang motosikal tiba di lokasi, suspek bertindak melanggarnya sebelum anggota terbabit melepaskan satu das tembakan pada tayar kereta bagaimanapun suspek berjaya melarikan diri.




"Kereta dengan nombor pendaftaran palsu itu dipercayai dinaiki tiga suspek lelaki warga tempatan dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, polis kini giat mengesan tiga lelaki berkenaan dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sabit kesalahan.
"Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Fadzi Mohamad Saidi di talian 013-9311208 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan," katanya.
Terdahulu, tular beberapa rakaman kamera litar tertutup (cctv) yang memaparkan dua lelaki memecah masuk sebuah rumah dan jenayah tersebut disedari jiran mangsa.
Terdapat juga rakaman menunjukkan sebuah kereta Proton X50 berwarna biru dipercayai digunakan suspek dalam kejadian pecah rumah berkenaan.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/09/1301854/polis-lepaskan-tembakan-selepas-dirempuh-kenderaan-suv-dinaiki-suspek-kes










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2024 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
nona84 replied at 23-9-2024 11:35 AM

hi Nona
jumpa sini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 11:40 AM | Show all posts
Lebih 300 anak pengikut GISBH diberikan pendidikan rasmi 1 Oktober ini


PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambilalih aspek pendidikan ke atas sekurang-kurangnya 300 anak pengikut GISBHoldings (GISBH) yang kini ditempatkan di rumah perlindungan, bermula 1 Oktober ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata KPM akan melaksanakan pendidikan berdasarkan modul khas mengikut kohort pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.
"Melalui fasa pertama ini, modul khas disediakan kerana mereka tidak berada dalam sesi persekolahan biasa dan arus perdana.
"Setakat ini kita buat penilaian 3M iaitu membaca, mengira dan menulis selain psikososial..kita sedang melakukan sesi bersama kaunselor KPM," katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KPM, di sini hari ini.




Ratusan kanak-kanak yang terdiri daripada anak pengikut GISBH berjaya diselamatkan polis melalui operasi yang dilaksanakan di beberapa negeri sehingga kini.
GISBH didakwa mengeksploitasi kanak-kanak malah ada sebahagian mereka ini di 'bin' kan dengan Abdullah, sekali gus tidak mengenali ibu bapa masing-masing.
Pada masa sama, Fadhlina berkata, dalam pelaksanaan modul khas ini, KPM akan mengadakan penggiliran guru dan juga intervensi yang dilakukan dari masa ke semasa berdasarkan tiga kohort terbabit.
Beliau berkata, pihaknya mendapat kerjasama sepenuhnya dari semua pihak sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahupun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam aspek pengambilalihan pendidikan terbabit.
Katanya, inisiatif itu diambil bagi memberikan akses pendidikan rasmi dan berstruktur kepada mereka bagi mengelakkan keciciran, sekali gus memastikan kanak-kanak ini bersedia untuk diserap kembali ke sistem pendidikan kebangsaan.
"Kita ada komitmen yang tinggi untuk memastikan anak ini dapat mengikuti sepenuhnya pendidikan...kita bimbang sekiranya mereka tertinggal sepanjang tempoh siasatan.
"Justeru kita mengambil tanggungjawab bagi memastikan pendidikan mereka dapat dijamin...selepas selesai penilaian dan sesi kaunseling, KPM akan mengambil alih dalam aspek pendidikan," katanya.
Fadhlina berkata, sebab utama kanak-kanak itu diberi pendidikan rasmi di tempat perlindungan adalah kerana isu keselamatan.
Ditanya sama ada ibu bapa kanak-kanak itu yang terdiri daripada pengikut GISBH akan diambil tindakan kerana tidak menghantar anak mereka mendapatkan pendidikan rasmi, Fadhlina berkata, perkara itu sedang dibincangkan bersama pasukan undang-undang.
"Kita sudah maklumkan sebelum ini bahawa isu ini sangat serius apabila anak-anak dinafikan persekolahan sedangkan mengikut Akta Pendidikan 1996 dan dasar pendidikan wajib.
"Pasukan undang-undang sedang meneliti dan barangkali jika ada tindakan diambil kita akan maklumkan dari masa ke semasa," katanya.

Fadhlina berkata, KPM akan mengambil tindakan lanjut untuk merangka pelan jangka masa panjang bagi kanak-kanak itu bersama kementerian berkaitan selepas status mereka dimuktamadkan oleh pihak berkuasa bagi memastikan mereka mendapat pendidikan rasmi di sekolah.

Mengenai modul itu, Fadhlina berkata, konsep sekolah nukleus dan kelas satelit diambil berpandukan satu model dalam Program Jom Belajar, iaitu Program Khas Murid Orang Asli (PROKHAS) diperkenalkan KPM khusus untuk memberi akses pendidikan kepada kanak-kanak Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman dan tidak pernah bersekolah.

Katanya, bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak itu yang tidak pernah mengikuti sistem pendidikan kebangsaan, program ini akan menggunakan Kit Program Transisi Tahun 1 dan Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) bagi fasa pertama.

"Kit Program Transisi Tahun 1 memberi penekanan terhadap aspek sosioekonomi, kognitif dan fizikal kanak-kanak bagi menyesuaikan serta membina keyakinan diri dan seterusnya sebagai persediaan holistik bagi kanak-kanak ini termasuk dalam penguasaan literasi dan numerasi.
"Penggunaan kit ini distrukturkan dalam dua fasa, iaitu fasa penyesuaian dan fasa kesediaan," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1301825/lebih-300-anak-pengikut-gisbh-diberikan-pendidikan-rasmi-1-oktober









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 11:41 AM | Show all posts
69 pelajar sekolah ditahan Ops Samseng Jalanan




IPOH: Seramai 69 pelajar sekolah antara 136 individu yang ditahan polis dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Klebang Ria, di sini, semalam.
Operasi bermula jam 6 petang itu dijalankan sepasukan 79 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata semua yang ditahan itu terdiri daripada 130 lelaki dan enam wanita yang berusia antara 12 hingga 45 tahun.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 22 orang adalah pelajar Tingkatan Lima yang dijadual menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan ini.




"Polis sudah menahan dua suspek lelaki berusia 20-an yang melakukan lumba haram mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala tangkapan lain membabitkan dua lelaki berusia 20-an didapati positif dadah jenis methamphetamine.
"Semasa pemeriksaan dilakukan seorang anggota berpangkat koperal dilanggar oleh motosikal yang sedang diperiksa menyebabkan kecederaan ringan.
"Kawasan ini adalah hotspot di mana kita mendapat maklumat daripada orang ramai mengadu jalan berkenaan antara tempat digunakan oleh mereka yang merempit, lumba haram dan ramai penontonnya," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Balai Polis Kampung Tawas, di sini, malam tadi.
Turut terbabit dalam operasi berkenaan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintenden Sahimi Husin.
Azizi berkata, hasil operasi yang dijalankan, polis menahan 101 motosikal dan 20 daripadanya disita atas pelbagai kesalahan.
"Sebanyak 168 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dengan kesalahan paling serius dikesan adalah menunggang motosikal tanpa lesen memandu.
"Selain itu, 11 notis kompaun dikeluarkan oleh JAS kerana gagal mematuhi had pelepasan maksimum bunyi bising yang dibenarkan," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/09/1301790/69-pelajar-sekolah-ditahan-ops-samseng-jalanan












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 11:44 AM | Show all posts
Feri Pasir Gudang-Changi mampu atasi kesesakan di Tambak Johor





TAMBAK Johor adalah laluan utama menghubungkan Singapura dengan Malaysia, sekali gus nadi penghubung penting sektor ekonomi dan pelancongan kedua-dua negara hingga tidak hairanlah ia antara lintasan sempadan darat paling sibuk di dunia.

Kesesakan lalu lintas ini hasil pergerakan kebanyakan rakyat Malaysia bekerja di Singapura menggunakan kereta, motosikal dan berjalan kaki, berulang alik melintasi Tambak Johor setiap hari. Paling ketara ialah waktu puncak, iaitu rakyat kita masuk ke Singapura pada jam 8 hingga 10 pagi dan petang kembali ke Johor Bahru jam 6 hingga 8 petang.

Kesesakan juga berlaku pada hujung minggu dan cuti umum di Singapura menyaksikan rakyat negara itu berpusu-pusu melintas sempadan untuk melancong dan membeli-belah di Johor. Kesannya, boleh menyebabkan kehilangan produktiviti, peningkatan pencemaran udara, stres kepada pengguna dan menjejaskan ekonomi kedua-dua pihak.

Kedudukan nilai mata wang Singapura lebih tinggi menarik minat ramai rakyat Malaysia bekerja di Singapura. Kebanyakan menggunakan motosikal, pengangkutan awam seperti bas dan kereta api, selain menggunakan kereta.

Ramai rakyat Singapura menggunakan kenderaan persendirian seperti kereta dan motosikal kerana memudahkan pergerakan di negara ini. Ada juga menggunakan kereta api dan bas. Namun, laluan terhad dan kekerapan perkhidmatan tidak menentu di Johor Baharu menyebabkan ia tidak menjadi pilihan utama warga Singapura.
Kedua-dua kerajaan mengambil inisiatif mengurangkan tekanan dan kesesakan di Tambak Johor dengan menyediakan laluan rentas sempadan alternatif, iaitu Link Kedua.
Kewujudan Link Kedua, jambatan menghubungkan Tanjung Kupang di Johor ke Tuas di Singapura, sepatutnya mengurangkan kesesakan di Tambak Johor, namun ia mengalami nasib sama, iaitu kesesakan pada waktu puncak sama.
Ada juga mencadangkan untuk membina Link Ketiga menghubungkan Punggol, Pasir Ris atau Changi di Singapura ke Pasir Gudang, selain cadangan pembinaan terowong bawah Selat Tebrau melalui laluan sama dengan syor laluan Link Ketiga. Namun ia hanya kekal sebagai cadangan sahaja.

Cadangan menjadi kenyataan adalah pembinaan infrastruktur baharu, Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) menyediakan khidmat kereta api Transit Aliran Ringan (LRT) menjelang 2026 menghubungkan stesen RTS Bukit Chagar di Johor Bahru ke Stesen RTS Link di Woodlands North di Singapura.
RTS dijangka mengurangkan kesesakan pengguna pengangkutan awam, namun tidak menjamin pengurangan kesesakan kenderaan persendirian di Tambak Johor.
Permintaan rentas sempadan meningkat
Baru-baru ini, Malaysia dan Singapura mengumumkan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) membabitkan enam daerah di Johor, iaitu Johor Baharu, Iskandar Puteri, Kulai, Pontian, Kota Tinggi dan Pasir Gudang. Permintaan merentas sempadan kedua-dua negara dijangka meningkat dengan pelaksanaan zon itu.
Keadaan kesesakan di Tambak Johor semakin kronik menuntut kedua-dua pihak meneroka laluan alternatif baharu. Laluan belum diterokai secara serius adalah laluan air.
Penggunaan laluan air menggunakan feri merentas Selat Tebrau, menjadi sempadan pemisah semula jadi antara Malaysia dan Singapura, boleh memberi penyelesaian kepada kemelut ini.
Ini kerana kesinambungan pengangkutan merentas sempadan berperanan penting dalam perniagaan antarabangsa kerana akan memudahkan urusan perniagaan, mesyuarat dan aktiviti komersial.
Oleh itu, mewujudkan perkhidmatan feri antara Terminal Feri Pasir Gudang dengan Terminal Feri Changi merentas Selat Tebrau menjadi alternatif wajar dipertimbangkan.
Pasir Gudang menjadi pilihan kerana ia antara daerah di bawah JS-SEZ dan ia juga pernah disebut-sebut laluan pilihan jambatan Link Ketiga. Walaupun Tambak Johor dan Link Kedua kekal sebagai laluan darat dominan, perkhidmatan feri boleh menawarkan penyelesaian menarik.

Perkhidmatan boleh ditawarkan ialah feri penumpang dan motosikal ala feri Pulau Pinang yang boleh menampung 150 penumpang dan 50 motosikal setiap perjalanan.

Ia menawarkan laluan alternatif kepada pengguna berulang alik antara pulau dengan tanah besar di Pulau Pinang dengan menghubungkan Pangkalan Raja Tun Uda, Butterworth ke Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), Georgetown.
Laluan ini memberi kelebihan kepada penduduk berdekatan Pasir Gudang bekerja di Singapura untuk memintas Tambak Johor bagi tujuan ke Singapura. Rakyat Singapura terutama pengguna motosikal berhasrat ke Desaru boleh menggunakannya kerana kedudukan Pasir Gudang mempunyai laluan terus ke Lebuhraya Senai-Desaru di Johor.
Tingkat khidmat pelancongan
Perkhidmatan ini akan menjadi 'novelty' pilihan pelancong gemar menggunakan perkhidmatan unik untuk merentas sempadan. Syarikat pelancongan pula boleh menawarkan perkhidmatan membawa pelancong Singapura ke Desaru dari jeti feri Pasir Gudang. Ahli perniagaan terbabit dalam inisiatif JS-SEZ terutama di Pasir Gudang dan Kota Tinggi juga boleh berulang alik.
Bagi menjadikan perkhidmatan ini satu realiti, beberapa faktor kritikal perlu dipertimbangkan.
Pertama, perancangan teliti mengambil kira pelaburan infrastruktur, kos operasi dan kelulusan kawal selia perlu dilaksanakan untuk menjamin perkhidmatan akan memberi manfaat untuk pengguna kedua-dua negara. Juga kerjasama antara kerajaan, pengusaha feri, pengendali jeti dan pelabuhan serta pihak berkepentingan amat penting.
Kedua, usaha meningkatkan kesedaran dan mendidik pengguna terhadap manfaat serta kemudahan perkhidmatan feri perlu diadakan. Apabila ada kesedaran, makin ramai akan berminat menggunakan perkhidmatan ini.
Ketiga, menaik taraf khidmat sokongan seperti penambahan lorong kastam dan imigresen, melaksanakan e-gate serta memperkemas proses imigresen perlu dilaksanakan.
Keempat, integrasi dengan rangkaian pengangkutan awam sedia ada di kedua-dua negara adalah penting untuk kesinambungan perjalanan pengguna perkhidmatan ini. Meningkatkan kekerapan dan keselesaan penumpang akan menjadikan perkhidmatan ini mesra pengguna. Dengan ada kesinambungan efisien, lebih ramai akan menggunakan pengangkutan awam ini.
Realitinya, usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas merentas sempadan adalah proses berterusan. Justeru, Singapura dan Malaysia sentiasa bekerjasama melancarkan dan memudahkan proses ini.
Oleh itu, tiba masanya untuk kedua-dua pihak meneroka alternatif inovatif berpotensi memberi manfaat kepada rakyat. Penggunaan laluan air ini masih belum diterokai sepenuhnya dan potensi perkhidmatan feri penumpang ala Pulau Pinang antara Pasir Gudang dan Changi adalah luas.
Dengan menangani cabaran dan memanfaatkan peluang, laluan air dapat merevolusikan perjalanan rentas sempadan, menawarkan pengalaman lebih lancar, efisien dan bebas stres untuk mereka merentas sempadan setiap hari.
Mengimbangi manfaat ekonomi dengan keperluan merentas sempadan cekap menjadi kunci kepada penyelesaian mampan dengan perkhidmatan feri menjadi penyelesaian alternatif dinanti-nantikan.



https://www.bharian.com.my/renca ... kan-di-tambak-johor


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 11:44 AM | Show all posts
j suka la mnde mcm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2024 11:45 AM | Show all posts
kaching
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2024 11:45 AM | Show all posts
yangsemb replied at 23-9-2024 11:24 AM
Masih batuk2…
Tapi tangan dan minda sihat walafiat

batuk lambat ilang kan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2024 11:45 AM | Show all posts

bertabahlah kwnku.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2024 11:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2024 11:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 11:47 AM | Show all posts
Tashu replied at 23-9-2024 08:55 AM
morning, happy working nuki.

morning tashu
thank you






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2024 11:47 AM | Show all posts
yangsemb replied at 23-9-2024 11:31 AM
Bolatnya mate die, pinjam boleh

kaaaan geyam tgk, bolat mcm guli
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2024 11:47 AM | Show all posts
yangsemb replied at 23-9-2024 11:33 AM
Ni kiter sowam punye..eh sekor lahh

hahahaa kiut giler kan

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 11:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2024 11:48 AM | Show all posts
yangsemb replied at 23-9-2024 11:33 AM
Bape lame lg kita nak pose gini ahcikkk…

cat lover?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2024 11:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 11:48 AM | Show all posts
Tashu replied at 23-9-2024 08:55 AM
morning, happy working nuki.

selamat bekerja jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2024 11:48 AM | Show all posts
yangsemb replied at 23-9-2024 11:32 AM
Nampak drumstick lagi kerr meowww

asik lapo je meow

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 23-9-2024 10:34 AM

Bagi je la treats titeww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 01:35 PM GMT+8 , Processed in 1.072684 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list