CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: thylord

[merged] AFC Asian Cup 2007[FINAL:IRAQ 1 SAUDI 0]

[Copy link]
Post time 14-7-2007 10:06 PM | Show all posts
tengok indon main lawan arab saudi sekarang pun best jugak.... buat malu jer tgk m'sia main..... aku sebagai rakyat m'sia maluuuuuuuuuuuuuuu ... nape indon boleh main ok.. malaysia ko?????????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2007 10:10 PM | Show all posts
Originally posted by conan at 14-7-2007 10:03 PM
kutuk2 jugak.. bahasa jaga sket.. kang jadik pengemis kat bod ni  baru pada muke..


hehe pengemiske?ko nak buang aku ke?hehe buangla aku xkesah
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 10:11 PM | Show all posts

Reply #521 Flaming Boy's post

gua sokong lu............
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 10:11 PM | Show all posts
kalau malaysia lawan iran aku sokong iran la
aku mintak malaysia wat record terbaru kejohanan
iaitu bolos paling banyak dalam kejohanan

dulu zaman moktar dahari tuh dengar nama malaysia jer terbayang muka rimau tapi skang bila dengar nama malaysia leh terbayang budak tadika

sebelum match cakap kat akhbar "sedia gempur uzbek"
tapi masa match depa yang kena rogol macam kambing
bodo piang nyer team malaysia

aku rasa dak skolah rendah pon tak takut lawan team malaysia skang   nih
aku pon rasa malu dah jadik orang malaysia gini nak gak aku cakap aku nih orang bangla
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 10:12 PM | Show all posts

Reply #523 kambingrider's post

hahahahahhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 10:13 PM | Show all posts
mas lwn iran
0          15
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2007 10:14 PM | Show all posts

Reply #523 kambingrider's post

gua sokong lu................
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 10:14 PM | Show all posts

hadiah untuk hari kemerdekaan...

takkan 4-0 ja...5-0 la....sempena hari kemerdekaan ke-50.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2007 10:17 PM | Show all posts

Reply #523 kambingrider's post

entah la.. aku tgk tadek haram satu pon player mesia yg nak tackle or even challenge uzbek player biler dpt bola... penakut betuii.. kalo ader pon tackle angin jek.. every try to cut off an attack from uzbek is very lame.. lembik..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 10:22 PM | Show all posts
tgk la indon lwn lwn saudi......semangat giler2..tak mcm malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 10:22 PM | Show all posts
eh silap bukan main cam kambing tapi main cam cicak
sebab kambing tuh nick aku gak malu la malaysia nih disama levelkan ngan diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 10:22 PM | Show all posts
dah kena 5-0 tadi...cukup la tu..semangat kemerdekaan
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 10:24 PM | Show all posts
player malaysia...lemah semangat...n lemah syahwat
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 10:27 PM | Show all posts

Reply #531 paih's post

JAGE skit ayattu..nanti ada org sound le pulok..kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 10:29 PM | Show all posts
last minit arab score....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 10:30 PM | Show all posts

Reply #533 mirage_46's post

sayang siottt.... isk iskk... 'ter'sokong indon la plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2007 10:32 PM | Show all posts
kambeng sudah dirawat
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 10:34 PM | Show all posts
Malaysia hanya layak lahirkan jersi bukannya pemain!

Helmi Khalid

Thu | Jul 12, 07 | 06:49:53 AM

Penulis dengan bolasepak bukanlah alim sangat, tapi pernah jugalah pakai jersi bola wakil sekolah rendah sebagai penyerang utama (Sekolah Rendah Sri Gunong, Alor Star), guru yang melatih kami waktu itu, Cikgu Ahmad Bakar.

Bila sambung ke sekolah menengah (Kolej Sultan Abdul Hamid) minat main bola itu ada, tetapi dek kerana di sekolah itu ada kelas sukan yang menghimpunkan jaguh-jaguh sukan bawah 12 tahun dahulunya dari seluruh negeri Kedah, rasa macam kerdil sangat nak bercampur dengan mereka, skil mereka lebih tinggi, stamina pun nampak kuat, serba serbi mereka lebih.

Waktu sekolah menengah jugalah, penulis kenal ramai jaguh sukan negeri, antaranya Azmi Mahmud, bekas penjaga gol Kebangsaan dan Kedah; Kamal Idris Ali pemain Kedah sebagai pengawas di asrama A waktu itu; Zabidi Sharif, killer takraw negara; malah waktu tingkatan dua (2C3) Guru Bahasa Malaysia adalah jurulatih skuad Kedah, Cikgu Ahmad Shafie.

Waktu kecil, penulis yang kebetulan tinggal dalam kuarters, ada ramai kawan yang 'berkaki bola', apa tidaknya dalam kawasan kuarters itu kami boleh ramai-ramai main bola waktu petang, kalau hari cuti main dari pagi hingga matahari rembang.

Penulis sebagai anak sulung dipanggil Mokhtar Dahari oleh kawan-kawan, adik yang muda selang tiga tahun, mereka gelar Hassan Sani, waktu itu umur penulis dalam lingkungan 10 atau 11 tahun, begitulah.

Kebetulan ada sehelai t-shirt warna kuning, kalau tak salah t-shirt free dari sebuah pasaraya yang menyambut ulangtahun ke-10 perniagaannya di Alor Star, dicop angka 10 di hadapan baju, megah tak terkata la bila pakai baju tu sebab angan-angan sedang pakai jersi Mokhtar Dahari.

Nak bagi real lagi, penulis tulis sendiri angka 10 besar-besar di belakang baju dengan pen marker, bukan baju tu saja, ada dua tiga helai baju lagi yang menjadi mangsa, mak marah jugalah, tapi dah minat pada Mokhtar, nak buat macam mana.

Payah juga nak menyambung tulisan ini sebab terkenangkan perangai penulis ketika itu, minat sungguh dengan Mokhtar Dahari, itu kisah lebih 20 tahun yang lalu.

Minat pada bolasepak pernah terpadam sedikit masa lalu apabila sukan ini sekitar penghujung 80-an jika tak salah, digemparkan dengan gejala rasuah yang turut melibatkan beberapa pemain Kedah waktu itu.

Lama juga memujuk hati untuk minat kembali pada bolasepak, kalau pun tidak bermain, tetapi cukuplah untuk terus sebagai peminat.

Akhirnya mulai tahun 1992 penulis terpaksa mengembalikan minat terhadap sukan ini, ditugaskan untuk liputan perlawanan Piala Malaysia di sekitar Lembah Klang.

Waktu itu, Azman Adnan penyerang Selangor diberi jolokan 'Super Mokh' kerana kelibatnya di atas padang dikatakan menyamai Allahyarham Mokhtar Dahari.

Penulis bertugas di Selangor, di pejabat 80 peratus adalah orang Selangor, seolah seperti terpaksa mengakui Azman Adnan itu adalah Mokhtar Dahari Junior.

Tetapi dalam hati, penulis masih berkata Azman masih tak layak menerima gelaran 'Super Mokh', akhirnya penulis menulis semuka penuh membuat bandingan antara dua jagoan bola sepak ini.

Orang keliling tengah kata Azman bagus, penulis kata tak bagus, di pejabat penulis kena perli 25 jam sehari, sebab dikatakan dengki dengan kejayaan Selangor melahirkan Azman, bila ke stadium bertugas pada mana-mana perlawanan, rakan media yang lain juga perli hingga suruh penulis duduk sorang-sorang kerana tidak mengiktiraf Azman Adnan.

Antara krikitan penulis ketika itu, Azman gagal menjaringkan gol secara gelecekan solo seperti Mokhtar, Azman hanya tunggu bola muntah dan amat jarang sekali Azman menjaringkan gol melalui tandukan.

Memang penulis tidak pernah mengenali dekat siapa Mokhtar Dahari, kenal hanya melalui TV bila pemain kesayangan itu beraksi mewakili negara bersama A.Arumugam, Santokh Singh, Soh Chin Aun, Hassan Sani, Shukor Salleh dan yang lainnya.

Kalaulah mahu dibandingkan Zainal Abidin Hassan dan Azman Adnan, rasanya Zainal jauh lebih bergaya daripada Azman.

Selepas itu penulis hanya mengambil tahu tentang bolasepak melalui akhbar atau TV, nak ke stadium amat payah sekali kerana ruang masa yang terhad dan tahap minat yang makin menurun, bila tengok sahaja nama pasukan bertanding, seolah sudah boleh ramal keputusannya.

10 Julai, perlawanan pembukaan bagi pasukan negara mengharungi temasya Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, walaupun minat pada bolasepak agak suram dalam diri, tetapi apabila pasukan negara beraksi, ada pula siaran secara langsung, penulis menggagahkan diri menyaksikannya.

Malaysia menentang China, secara ikhlas penulis tidak tahu langsung perkembangan bola sepak negara China, tetapi melihat akan susuk tubuh badan pemain mereka, rasa kecut perut pulak.

Pengulas 'rasmi' Haji Hasbullah Awang seperti biasa banyak mengutarakan info pemain kedua-dua negara.

Beliau turut berkata kepada tetamunya di studio (penulis tidak kenal siapa tetamu itu), nampaknya bila melihat kepada Akmal Rizal, Indra Putra Mahayudin dan Hairuddin Omar negara masih memerlukan Mokhtar Dahari.

"Sesuatu harus dibuat untuk mencari ganti Mokhtar Dahari" kata Haji Hasbullah dan beliau menyambung lagi, ia harus berlaku dalam perlawanan-perlawanan peringkat liga.

Penulis mengagungkan Mokhtar sejak lebih 20 tahun yang lalu, Haji Hasbullah sebagai pengulas sukan tersohor pula mengatakan Mokhtar perlu dicari ganti, ini bermakna selama dua abad berlalu, sukan bolasepak negara gagal melahirkan pemain yang boleh dibanggakan.

Haji Hasbullah juga menyebut beberapa pemain China yang melalui skim pinjaman pemain, dan mereka dipanggil balik setelah beraksi dalam Liga Inggeris.

China, pasukan yang pernah layak ke Piala Dunia 2002 itu mempunyai pemain berstatus bintang termasuk Dong Fangzhuo (Manchester United), Sun Jihai (Manchester City), Li Tie (Sheffield United), Shao Jiayi (Energie Cottbus) dan ketua pasukan Zheng Zhi, yang pernah beraksi secara pinjaman dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Charlton Athletic.

Negara juga pernah menghantar pemain muda ke kelab luar, tetapi ke mana mereka sekarang pun entah lah.

Negara pernah gah apabila Proton berjaya menaja jersi pasukan Norwich City. Antara pendekatan China dan Proton mana lebih berjaya?

Memakai baju tajaan Malaysia rasanya kita berjaya memberi pakai baju kepada pemain handalan luar, kalau tak pakai baju tajaan Proton pun mereka tetap handal, tetapi China tidak menghantar jersi sebaliknya menghantar anak watannya memakai jersi kelab luar, hasilnya China berjaya memakaikan anak watannya dengan jersi pasukan handalan seperti Manchester United.

China boleh dan telah membawa pulang pemain itu untuk beraksi dan hasilnya amat membanggakan serta bertaraf Manchester United, tetapi jika kita membawa balik jersi Norwich City itu ke sini, siapa pakai pun persembahannya tetap sama seperti biasa.

Nampaknya, skuad negara setelah berpuluh tahun dan dalam alaf baru ini hanya layak lahirkan jersi bertaraf dunia, bukannya pemain seperti yang dinantikan oleh seluruh peminat bolasepak!

Nota: Ketika catatan ini disiarkan skuad kebangsaan telah dibelasah teruk 5 - 1 oleh pasukan China dan selepas ini sedang menunggu pula hukuman seterusnya daripada skuad Uzbezkistan dan Iran.


-harakahdaily.net-

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 10:38 PM | Show all posts
kita tgk berapa lak iran belasah.. aku bet 6-0.. anybody???
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 10:44 PM | Show all posts
5-0 ... 50 thn merdeka ..
yehaaaa !
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.057936 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list