Some part of AU, Koala dianggap sebagai pest... kalo mereka identified 1 area with high concentration of Koala, mereka akan relocate those koala tapi masalahnya, koala nie bab pemakanan memang fussy... dia cuma makan certain kind of leaf jer... so, after relocate, some koala akan mati kebuluran...
Kalo Kanggaru lak, Aussie always see this animal as pest... ada satu season tu, di bukak untuk membunuh Kanggaru... hurm...
burung ni aku slalu nampak neh mase kekecik dlu. orang usm ni cam duduk bawah tempurung je tunggu bu ...
AntagonisYgKeut Post at 21-2-2009 07:48
huhu....aik....usm lak jadi bawah tempurung??? diorang ni bangge sebb dapat menjadi tpt persinggahan burung2 spesis terlindung...bukn bangge bler ader retis datang ke...menteri datang ker...usm kan universiti dalam taman... cakap lek lok sket kak...nnti ader yang chantas...
agaknya rimau ni baru tersedar yg monyet dia makan tu ada anak kecik. so konon2 nya dia nak tembus kesalahan, tu yg dia bela monyet tu kot.. very lovely.
Setiap kesan parut pada kedua-dua belah tangan Zulhailimempunyai cerita dan pengalaman yang menyebabkan dia begitu ariftentang pelbagai jenis haiwan.
TANGAN Zuhaili Zain Zainuddin, dengan perlahan-lahan menghampiri duaekor kala jengking yang berada di dalam sebuah bekas. Besar dan panjangkala jengking tersebut hampir menutupi tapak tangan anak muda yangberusia 24 tahun itu.
Tiba-tiba salah seekor daripada kala jengking itu mengembangkanpenyepit, malah ekornya juga naik menegak. Nampaknya, gerak-geriZuhaili yang cuba mengambilnya berjaya dihidu sang kala jengking hitamberkilat tersebut.
Kemungkinan besar jika Zuhaili terus mengangkat haiwan yang terkenaldengan bisanya itu, dia pasti akan disengat pada bila-bila masa sahaja.
Anak muda yang berasal dari Jalan Ipoh, Kuala Lumpur itu menariksemula tangannya. Sebaik ekor kala jengking itu kembali turun, tanpaberlengah lagi Zuhaili menghampiri dan mencengkam kala jengking itusecara lembut.
SIGNATURE ......................................................................................
Aku Mod yang gila makan kredit
Saksikan kehidupan di dasar laut dan selusuri misteri marinyang mempesonakan dengan slot Istimewa Earth Hour 2010 yang akanbersiaran di saluran National Geographic 22 April ini.
SEMPENA Hari Bumi, National Geographic menyiarkan dokumentari- dokumentari menarik mengenai kehidupan laut.
BULAN April ini, siaran National Geographic (NGC) bakal memenuhiselera informasi penonton dengan tayangan kehidupan dasar laut yangsemakin terancam. Penonton akan dibawa menyelusuri metropolis di dasarlaut yang menjadi habitat begitu banyak hidupan.
Pasti ramai tidak tahu bahawa 20 peratus batu karang di lautanseluruh dunia sudah hilang. Lebih buruk lagi, sebanyak 90 peratusbinatang pemangsa gergasi laut mati akibat aktiviti manusia yang tidakbertanggungjawab.
NGC ingin meningkatkan kesedaran orang ramai akan kepentingan lautyang memberikan separuh daripada oksigen yang kita sedut setiap hari,100 juta tan makanan setahun dan menyedut suku daripada karbon yangkita lepaskan ke atmosfera setiap hari.
SIGNATURE ......................................................................................
Aku Mod yang gila makan kredit
Disebabkan saya melihat ramai yang suka post kisah2 menarik tentang semua jenis haiwan di dalam media, saya rasa lebih baik dibuka satu thread tentang haiwan2 tersebut untuk tidak mebuatkan forum Pencinta Haiwan ini terlalu crowded.
Di sini, saya telah merge kan thread2 lama kisah2 menarik tentang haiwan...
Atan Hussin atau Pak Atan terus setia bersama isteri mendiami rumah rakitnya di Kampung Pasir Puteh di Pasir Gudang, Johor.
PAK Atan merenung jauh air laut Selat Tebrau yang tenang di hadapannya berlatarbelakangkan Pulau Ubin di Singapura. Lama juga lelaki tua itu termenung seolah-olah teringat sesuatu. Entah apa yang difikirkannya.
Lamunan Pak Atan terhenti apabila penulis cuba memecah keheningan deru ombak dan bunyi bot nelayan yang sayup-sayup jauh kedengaran.
"ak Atan masih teringat Si Tenang ke?," tanya penulis sambil berharap soalan itu tidak mengembalikan duka yang berbekam di hati Pak Atan selepas 11 tahun berlalu.
Dia hanya memberikan senyum kelat. Namun masih terdiam seolah-olah mengumpul kekuatan untuk mencari jawapan merungkai nostalgia lama itu.
Warga emas yang kulit wajahnya mula kedut seribu itu pantas mengeluarkan sebatang rokok dan meletakkan di bibirnya.
"Siapa yang tidak teringat Si Tenang? Kalau mimpi, sudah menjadi biasa sangat.
"Kadang-kadang ternampak macam bayang Si Tenang sedang berenang di kawasan ini," akhirnya Pak Atan mula bersuara.
Pak Atan atau nama sebenarnya Atan Hussin kini sudah berumur 60 tahun.
Kira-kira 11 tahun lalu, nama Pak Atan dan keluarganya menjadi popular di negara ini apabila kisah lelaki itu dan dugong peliharaan kesayangannya menghiasi dada akhbar hampir setiap hari.
Pak Atan menjaga anak dugong itu dengan penuh kasih sayang seperti anak sendiri biarpun berasa amat sedih apabila pihak berkuasa mengarahkan supaya mamalia itu dilepaskan semula ke laut.
Pada 11 Mac 1999, kisah itu menjadi lebih gempar apabila dugong yang dipanggil Si Tenang itu dijumpai mati terapung di Selat Tebrau selepas hanya 41 jam dilepaskan Pak Atan.
Bangkai mamalia itu ditemui oleh seorang nelayan yang sedang menjala udang tidak jauh dari tempat ia dilepaskannya.
Menyelak memori, Pak Atan dan anaknya, Roslan, 35, menemui anak dugong itu setelah ia terperangkap dalam jaring udang berhampiran kelong mereka kira-kira 100 meter dari Kampung Pasir Putih pada 25 Februari tahun sama.
Ketika ditemui, Si Tenang mengalami luka di bahagian mulut dan juga ekor, mungkin kerana terlanggar teritip semasa mencari makan.
Sejak penemuan anak dugong itu dilaporkan, pelbagai pihak termasuk Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia, Jabatan Perikanan serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menyuarakan kebimbangan terhadap nasib mamalia laut itu dan mahu ia dilepaskan semula.
Pak Atan dengan berat hati terpaksa melepaskan semula anak dugong itu setelah menerima arahan daripada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan dan Perhilitan.
Namun kematian tragis dugong itu mengundang kesedihan sekali gus mencatatkan sejarah hitam kepada Pak Atan dan keluarganya, malah masyarakat turut berkongsi perasaan yang sama.
Masing-masing berpendapat sekiranya Si Tenang terus dipelihara buat sementara waktu sehingga lukanya sembuh, ia mungkin terselamat daripada bahaya di laut.
Anak dugong kecil itu jelas merubah banyak perkara dalam kehidupannya dan keluarga, umpama mereka mendapat seorang lagi ahli baru dalam keluarga.
"Kematian Si Tenang merupakan satu penyeksaan dan kehilangan yang paling besar kerana saya ibaratkannya sebagai seorang anak.
"Siapa yang tidak sedih kehilangan anak sendiri, begitulah perasaan saya kepada Si Tenang," tutur Pak Atan penuh kecewa.
Tambah memilukan hatinya, Si Tenang dipaksa dilepaskan ketika hujan lebat dan ribut datang melanda selepas dia diberi amaran pihak tertentu akan didenda dan ditangkap jika terus memelihara anak dugong itu.
Namun bagi lelaki tua itu, dia yakin Si Tenang bukan sebarang binatang yang hidup di muka bumi ini sebaliknya satu keajaiban yang dikurniakan Tuhan kepada insan tertentu.
Katanya, dia masih tidak percaya bagaimana pertemuan itu boleh berlaku antara dirinya dan Si Tenang jika mengambil kira faktor umur anak dugong kecil itu yang baru berusia tiga bulan ketika itu.
Sebagai manusia berfikiran waras, Pak Atan masih tertanya-tanya bagaimana Si Tenang dapat melepasi pelbagai halangan getir apabila perlu mengharungi ombak deras, jaring pukat yang banyak, kapal-kapal besar dan bot nelayan untuk sampai ke rumah rakitnya.
"Sepanjang dalam peliharaan saya, Si Tenang juga menunjukkan sifat yang luar biasa apabila seorang wanita dapat bersalin selepas seminggu terlebih hari apabila diberi minum air tawar Si Tenang.
"Saya juga masih ingat Si Tenang pernah merajuk dan tidak mahu muncul di permukaan air. Rupa-rupanya terdapat seorang pengunjung wanita yang uzur ketika itu dan selepas wanita tersebut diminta pulang, Si Tenang kembali ceria bermain air," ujarnya penuh yakin.
Akibat trauma dengan kejadian 'dipaksa' melepaskan Si Tenang itu, lelaki itu telah bersumpah bahawa kawasan sekitar tempat anak dugong itu dijumpai tidak aman lagi buat dugong lain pada masa akan datang.
Barangkali secara kebetulan, selepas beberapa hari Si Tenang dijumpai mati, kawasan perairan Selat Tebrau di Kampung Pasir Putih itu gempar apabila terdapat penemuan beberapa ekor dugong lain yang menerima nasib sama.
Masih menjadi misteri sehingga ke hari ini, haiwan yang bernama dugong itu tidak lagi kelihatan di kawasan itu dan apakah ia adalah kena mengena dengan sumpahan Pak Atan itu!
23 Januari, Kehadiran beberapa ekor helang merah (Brahminy kite Haliastur Indus) di kampus Universiti Sains Malaysia (USM) memberi petanda yang persekitaran yang sesuai dengan keperluannya. Terdapat sekurang-kurangnya empat sarang di kampus USM sekarang ini yang disesdari kehadirannya sejak bulan Disember 2008 yang lalu.
Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak berkata, kehadiran burung-burung helang ini di kampus USM sangat bermakna dalam usaha universiti melaksanakan usaha kelestarian alam yang menekankan kepada persekitaran yang sesuai untuk pelbagai hidupan.
“Kita akan berusaha memastikan kehadirannya tidak diganggu, apatah lagi mengancam kehadirannya di dalam kampus,” kata Naib Canselor dalam sidang media di sini.
Menurut ahli Zoologi dan Persekitaran USM, Mohamed Hifni Baharuddin, burung helang merah ini sudah lama tidak kelihatan bersarang di dalam kampus USM terutamanya dalam jumlah yang lebih dari satu sejak lebih 20 tahun lalu.
“Inilah jumlah terbesar burung ini bersarang di dalam kampus, iaitu di pokok Araucaria di sekitar Bahagian Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Kompleks Sukan USM dan pokok kasuarina sekitar Desasiswa Gemilang,”jelas Mohamed Hifni dalam sidang media yang sama.
Burung helang merah ini biasanya bersarang di sekitar kawasan bakau yang terlindung atau persisiran pantai. Burung yang dianggap amat cantik dan gagah ini juga terdapat di kawasan sawah padi dan kawasan paya. Burung ini banyak terdapat di hutan bakau Perlis, Kedah, pulau pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Burung ini bersarang di pokok setinggi melebihi 20 meter manakala di kawasan bakau biasanya di pokok yang lebih rendah, bergantung kepada persekitaran yang dapat melindunginya dari musuh dan mudah mendapat air dan makanan.
Menurut Mohamed Hifni, ini adalah kerana sifatnya yang amat sensitif dan sentiasa melindungi dirinya dari diserang musuh-musuhnya.
“Saya percaya kehadirannya di USM berpunca dari persekitaran kampus yang dijaga dengan baik sesuai dengan habitat dan ekosistem yang ada. Apatah lagi dengan adanya kawasan hijau yang masih terpelihara yang menariknya untuk bersarang di sini,” kata Mohamed Hifni lagi.
Pada masa ini terdapat lebih 100 spesies burung yang singgah dan sesetengahnya bersarang di dalam kampus. Terdapat kawasan dalam kampus USM yang telah diisytiharkan sebagai kawasan santuari burung oleh Naib Canselor kedua USM, Allahyarham Tun Hamdan Sheikh Tahir.
Menurut Mohamed Hifni, burung helang makin berkurangan di negara ini akibat pembangunan dan pencemaran alam yang tidak terkawal. Malah, di negara-negara seperti Filipina, Indonesia dan Bangladesh, burung helang merah kian pupus.
Burung helang merah ini juga mempunyai nilai estetika, persekitaran dan pasaran yang tinggi. Malah dalam mitos-mitos kepercayaan dan amalan sesetengah agama, helang dipandang tinggi seperti mana kepercayaan masyarakat Iban dan budaya Mesir purba. Malah helang juga memberikan inspirasi kepada penulisan puisi mahu pun muzik serta menjadi makanan eksotik yang mengancam kehidupannya.
“Oleh yang demikian, usaha untuk memastikan kelestarian alam melalui usaha konservasi helang merah sangat penting yang akan memberi kesan besar kepada alam sekitar,” tambah Mohamed Hifni.
USM akan berusaha mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi helang dan burung-burung lain sekitar kampus sesuai dengan usaha membangunkan Universiti Dalam Taman serta membangunkan kawasan yang melindungi hidupan dan tumbuhan hijau di kampus, tegas Naib Canselor pada akhir sidang media tersebut.
PASIR GUDANG: Seorang guru di Bandar Seri Alam di sini, percaya menemui haiwan pelik yang mempunyai rupa seakan monyet, tetapi badan seperti seekor kucing dengan panjang keseluruhan kira-kira 30 sentimeter, di Sekolah Kebangsaan Seri Alam 2, pagi semalam.
Haiwan berkenaan mempunyai ekor yang agak panjang namun jari kaki dan tangannya seperti jari monyet, mempunyai bulu panjang menutupi sebahagian besar telinga dan mengeluarkan bunyi pelik sekiranya diganggu.
Abdul Halim Abdul Ghani, 35, berkata haiwan berkenaan ditemui bersama pengusaha kantin sekolah sebaik mendengar anjing menyalak di belakang kawasan kantin.
Menurutnya, dia bersama pengusaha kantin bergegas ke lokasi sebelum menemui seekor ‘monyet’ yang cedera kaki kanan dipercayai akibat gigitan sekumpulan anjing.
“Saya terus menangkap haiwan berkenaan dan memasukkannya ke dalam sangkar kerana kasihankannya yang cedera ketika itu.
“Malah, saya sendiri merawat haiwan itu serta memeliharanya buat sementara waktu dan bercadang menghantar haiwan ini ke pihak bertanggungjawab dalam tempoh terdekat.
“Saya tidak mahu memelihara haiwan ini kerana pasti ia haiwan larangan,” katanya.
Menurutnya, haiwan itu jinak dan gemar memakan epal, anggur dan mentimun namun enggan memakan pisang seperti monyet biasa.
“Saya pernah memberinya pisang, tetapi ia tidak mahu makan. Bimbang ia mati kelaparan, saya kemudiannya memberikan epal, anggur dan mentimun sebelum ia menghabiskannya. “Keadaan itu meyakinkan saya ia bukannya monyet, sebaliknya haiwan yang tidak pernah ditemui sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, keluarganya ingin membela haiwan berkenaan namun dia khuatir ia menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.