|
Reply #112 ati1402's post
takdela.. kelakar plak telur ayam pun ada masuk
ati ingat cecco cakap aper..?? |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.bharian.com.my/Curren ... 81116080451/Article
Ayam terkecil dunia pandai menonjolkan diri dan memikat hati kini mempunyai nilai komersiol, tersohor di seluruh dunia
AYAMserama disifatkan sebagai suka menunjuk-nunjuk. Jika ada kamera danlimpahan cahaya lensa, ayam ini segera mengangkat dada dan meluruskanekor tegak ke atas hingga 90 darjah serta mengibas kedua-dua kepak.
Perwatakan dan gaya istimewa ayam serama menyebabkan Ahmad Fauzi Mohamed, jatuh cinta kepada ayam terkecil di dunia itu.
Walaupun Pengarah Urusan Serama Corporation Sdn Bhd,sudah lama mengetahui ayam ini, cintanya terhadap ayam serama baruberputik ketika berada di Kota Bharu, Kelantan, kira-kira lima bulanlalu.
Mengapa ayam serama? Inilah haiwan yang benar-benar berasaldari Malaysia. Haiwan lain seperti harimau dan badak juga ada di negaralain. Orang Utan juga tidak boleh dikaitkan sepenuhnya dengan negaraini.
Ayam serama sebenarnya diiktiraf dunia luar sebagai milikMalaysia. Pelbagai pihak di Amerika Syarikat mengiktiraf ayam seramaberasal dari negara ini.
| AhmadFauzi asyik melayan dua ayam serama kesayangannya yang pantang melihatair. (Gambar bawah) Reban ayam serama dua tingkat yang cantik danbersih.
| Ini yang menyebabkan Ahmad Fauzi yakin ayam serama mampu menjadi ikonkepada Malaysia kerana haiwan ini tidak terdapat di negara lain.
Usaha menjadikan ayam serama sebagai ikon Malaysia, katanyaperlu dipertingkatkan kerana sesetengah negara Eropah bangga denganbaka ayam yang hanya ada di negara masing-masing. Malah, Perancismenjadikan ayam sebagai menjadi lambang negara itu.
Minat terhadap ayam serama mendorong Ahmad Fauzi, melakukanpenyelidikan dan terkejut apabila mendapati bilangan ayam ini hanyatinggal kira-kira 3,000 ekor dan boleh dianggap menghampiri kepupusan.
Beliau melayari internet untuk mendapatkan maklumat berkaitanayam serama, tetapi tiada laman web tempatan berkaitan ayam ini dantidak ada panduan mengenai cara menternaknya.
“Melalui internet, saya mendapati pemeliharaan ayam serama berkembangdi Eropah dan Amerika Syarikat. Malah, ada pertubuhan ayam seramadengan laman web masing-masing, iaitu Serama Council of North Americadan World Serama Federation,” katanya.
Perkembangan menggalakkan di dunia luar mendorongnya bertekadmengubah kaedah penternakan ayam serama yang sebelum ini dilakukansecara tradisional.
Bermula dengan empat ekor yang dibawa dari Kelantan limabulan lalu, ayam serama yang diternaknya di belakang rumahnya di AmpangJaya, untuk tujuan pameran dan penyelidikan, kini mencecah kira-kira300 ekor.
Beliau membuat penyelidikan sendiri untuk menternak ayamserama secara moden berbanding amalan tradisional yang tidak produktif.
Memanfaatkan pengalaman sebagai jurutera maritim, AhmadFauzi, membuat sendiri reban dua tingkat dan menggunakan kaedahpenternakan moden bagi meningkatkan pengeluaran ayam serama berkualititinggi.
“Penternakan dilakukan secara sistematik. Ayam dibericampuran dedak mengandungi vitamin. Reka bentuk reban sesuai denganpembesaran haiwan ini dan melindungi dari angin dan hujan melampau yangmenyebabkan penyakit.
“Menternak ayam serama tidak cerewet jika aspek kebersihan dan pemakanan diberi perhatian rapi,” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dulu (4tahun lepas kot) abang long luv ada bela 2 ekor ayam serama kat blakang umah.. then lama2 bela, ada jiran antar note kata jgn bela ayam kat taman.. along cam sedih ja.. pastu dia entam bela jugak.. satu hari bila bangun, tgok2 ayam2 dia dh mati kena racun.. berbuih mulut.. cian btol.. sejak ritu along dh tak bela ayam dah.. dia bela ikan flowerhorn plak |
|
|
|
|
|
|
|
Bahasa ayam memilih makanan:
"An American scientist who has specialised in the study of thesocial behaviour of chickens has observed that a rooster in a chickens has observed that a rooster in a chicken coop will not only announce to the hens with his clucking that there is something to eat, but by varying his calls he will offer comments on how interesting the foods is. In order to test this hypotheses, the scientist fed his chickens a daily diet of worms, peas and peanuts. When the rooster saw the first two of these foods, he called to the hens with short, quick clucks, and they immediately came running. But if the chickens were only fiven peanuts, the rooster let out a slow cluck of disappointment, and only half of the hens reacted at all."
http://worldmystires.blogspot.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
Si kecil juara di bumi Thai
Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
[email protected]
Ayam serama peliharaan Mazuki telah membawanya bertemu puteri sulung raja Thailand, Ubol Ratana yang tertarik dengan kehebatan ayam serama beliau.
Sepanjang perjalanan perasaan gementar terus-menerus bersarang di dalam hatinya. Sesekali dia menoleh ke bahagian belakang van bagi memastikan tujuh ekor ayam serama yang akan dipertandingkan berada dalam keadaan selamat.
Sebaik tiba di tapak pertandingan, Mazuki Mat Zin, 46, begitu berhati-hati mengeluarkan ayam serama peliharaannya. Ini bagi mengelakkan ayam bersaiz kecil itu mengalami sebarang kecederaan yang boleh menyebabkan mereka tidak layak menyertai pertandingan.
Perasaan gemuruh dan gementar yang dirasai Marzuki semakin kuat apabila pertandingan bermula. Kelihatan lebih daripada 10 ekor ayam serama jantan dipertandingkan dalam setiap kategori (anak A, anak B, remaja, muda, bapa A, bapa B dan induk). Masing-masing memiliki kecantikan, gaya dan keunikan yang tersendiri.
"Persaingan cukup sengit kerana setiap jenis ayam serama yang dipertandingkan terdapat dalam pelbagai warna dan perwatakan yang istimewa. Namun, saya berasa gembira dan bersyukur kerana berjaya menggondol tempat pertama dalam enam kategori," kata Mazuki yang menyertai Pertandingan Haiwan Terbuka Thailand 2004. Dalam pertandingan tersebut, tujuh ekor ayam serama Mazuki terlibat. Daripada tujuh kategori yang dipertandingkan, Mazuki memenangi enam kategori.
"SELEPAS dimandikan, ayam serama dikeringkan dengan menggunakan mesin pengering atau tuala."
Pertandingan yang diadakan di Thailand itu terbuka kepada semua tetapi hanya peserta dari Kelantan dan Thailand saja yang menyertainya. Mazuki, yang sebelum ini pernah menjuarai tempat pertama dalam pertandingan ayam serama, buat kesekian kalinya bertuah apabila ayam serama yang dipertandingkannya dinobatkan sebagai juara.
"Mungkin rezeki dan nasib menyebelahi saya apabila ayam serama saya dinobatkan sebagai juara," ujar bapa kepada enam anak itu mengimbas memori manis bersama ayam serama peliharaannya.
"Berbekalkan pengalaman selama dua dekad bergelumang dengan ayam serama telah mematangkan saya untuk melatih dan 'melahirkan' ayam serama yang terbaik.
Walaupun peserta Thailand membeli ayam serama di Kelantan, tetapi mereka tidak memiliki kepakaran menjaga ayam serama seperti kita," jelasnya seekor ayam serama boleh mencecah hingga RM80,000.
Menurut Mazuki, ayam serama ternakannya berjaya menambat hati juri kerana bijak memperaga diri, berdada tegap, cantik, jinak dan sihat. Menariknya, selepas beberapa jam bergelar juara salah seekor ayam seramanya telah dibeli oleh seorang warga Thailand pada harga RM1,500.
"MAZUKI mahir mengendalikan ayam serama peliharaan beliau."
"ASRY AZIZAN"
Lebih membanggakan, seminggu selepas pertandingan tersebut Mazuki dipanggil menghadap puteri sulung Raja Thailand, Ubol Ratana. Baginda begitu kagum dengan kecantikan ayam serama dari Malaysia.
"Pada pertemuan tersebut, Puteri Ubol Ratana meluangkan masa sekitar 15 minit dengan memegang dan mengusap enam ekor ayam serama saya yang bergelar juara.
"Baginda memuji kecantikan bulu dan lawi (terdapat di ekor ayam jantan) yang menegak dan melentik ke belakang di penghujungnya. Tangannya tidak henti-henti membelai ayam saya yang jinak dan manja," ujar Mazuki ketika ditemui Kosmo! di ladang mini ternakan ayam serama, Serama Corporation Sdn. Bhd., Ampang, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, penduduk Thailand terpaksa mengurangkan aktiviti membela dan membeli ayam serama kerana bimbang penyakit selesema burung. Begitu juga dengan masyarakat Indonesia yang bimbang mendekati ayam yang beratnya kurang daripada 500 gram itu. Ketinggian ayam serama menyamai air kotak dengan isipadu 300 mililiter (ml).
Mazuki yang kini memiliki hampir 100 ekor ayam serama mula mencintai spesies itu ketika dia berusia 26 tahun. Dibesarkan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, Mazuki menjelaskan, rata-rata penduduknya begitu obses pada haiwan tersebut.
Bolehkan ayam serama dimakan? "Ayam serama boleh dimakan, dagingnya sama seperti ayam kampung cuma ia tidak liat," katanya yang seronok membela ayam serama kerana haiwan tersebut mudah dikawal.
Jelas Mazuki, ayam serama jantan mempunyai lawi yang menegak di hujung ekor dan balung berwarna merah, manakala ayam betina tidak mempunyai ciri-ciri tersebut. Ayam serama mula bertelur apabila usianya mencecah sembilan bulan. Ia mengeluarkan telur sehari satu biji. Lazimnya, induknya mampu bertelur sebanyak enam biji. Saiz telurnya besar sedikit daripada telur puyuh.
"Telur ayam serama akan menetas selepas 19 hari. Ancaman haiwan ini hanyalah musang dan anjing serta tidak boleh bunyi bising," ujarnya. Ayam yang boleh hidup antara tujuh hingga 15 tahun itu dibela untuk tujuan peliharaan dan bukan untuk dimakan. Bagi mengekalkan kecantikan bulunya, ayam ini perlu dibiarkan berenang dalam kolam selama dua minit untuk latihan kepaknya.
"REBAN dua tingkat yang menggunakan kaedah ternakan moden."
Kemudian, ayam tersebut perlu dikeringkan sama ada dengan tuala, alat pengering atau mereka menjemur diri di bawah panas terik.
Jika dahulu ayam serama merupakan hiburan dan permainan di istana, kini ia menjadi salah satu haiwan peliharaan yang begitu popular terutamanya di negeri Kelantan dan Kedah.
"Orang di Kelantan dan Kedah khususnya, memang sukar dipisahkan dengan ayam serama. Boleh dikatakan, setiap minggu, setiap daerah atau pelosok kampung menganjurkan pertandingan ayam serama," ujar Mazuki yang turut memenangi tempat pertama dalam pertandingan ayam serama yang diadakan di Johor, Terengganu dan Selangor.
Sementara itu, aktiviti membela ayam serama bukan sahaja diminati oleh golongan yang berusia, malah remaja. Pelakon dan model baru, Asry Azizan, 22, mula membela ayam serama ketika berusia 14 tahun.
Setiap petang, selepas mengulangkaji pelajaran, pelakon drama Obsesi itu akan memberi makan, suntikan vaksin dan vitamin serta melatih lima pasang ayam serama peliharaannya.
Latihan keras perlu dilakukan supaya ayam-ayam itu tidak berasa takut atau malu ketika berada di pentas pertandingan. Ayam serama bukan sekadar diajar supaya bijak beraksi lensa kamera, tetapi pada masa yang sama Asry juga melatih bagaimana melakukan aksi mendada yang tinggi.
"Ketika ia berjalan, saya mengeluarkan bunyi aneh supaya ayam berhenti. Bagi mencari punca bunyi itu, ia akan mendada.
"Dalam pertandingan lagi tinggi dada ayam serama maka lebih tinggi markah dikutip. Menariknya pertandingan ayam serama, ia tidak menyakitkan ayam kerana hanya menilai dari segi perwatakan, jenis, ekor melentik berbentuk V, kepak dalam posisi menegak dan badan tegap dan bulat.
"Tidak seperti pertandingan ayam biasa yang ditentukan pemenangnya menerusi hasil kekuatan melawan dan bersabung," jelas Asry yang pernah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Malaysian Bantam Beauty 2000 dan Pertandingan Kesenian Ayam Serama anjuran Litrak Kategori B (tempat kesembilan).
Ayam serama ikon Malaysia
Kalau disebut ayam serama, ramai yang beranggapan ia tidak lebih daripada aktiviti waktu senggang orang kampung. Malah, bisnes ayam serama tidak lebih daripada perniagaan kecil-kecilan yang tidak mendatangkan untung.
"AHMAD FAUZI (tengah) mengadakan pameran terbuka ayam serama setiap hujung minggu."
Hakikatnya, pasaran dan minat meluas masyarakat Malaysia dan antarabangsa sebenarnya memberi keyakinan bagi Serama Corporation Sdn. Bhd., untuk memulakan bisnes haiwan itu.
Berlandaskan beberapa matlamat utama seperti mewujudkan sumber pendapatan baru dalam sektor penternakan, mereka juga ingin menjadikan penternakan ayam serama sebagai daya tarikan pelancong, sekali gus ingin mengangkat ayam ini sebagai ikon Malaysia.
揝aya percaya sekiranya diberi pendedahan, promosi dan diiktiraf sebagai ikon pasti ia boleh dijadikan salah satu tarikan utama pelancong. Jika inisiatif ini tidak dilakukan secepat mungkin, kebarangkalian negara luar terlebih dahulu mengiktiraf ayam serama adalah milik mereka.
揑ni berikutan seorang ahli perniagaan, J.Schexnayder telah mengimport beberapa ekor ayam serama ke Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2002. Bukan setakat membiak dan mempromosikan ayam serama, malah, beliau menubuhkan persatuan khas, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pameran dan penjualan ayam serama, Serama Corporation:
Pasar Seni Kuala Lumpur
Sabtu dan Ahad
Hubungi 03-4270 7181 (En. Shazly) atau e-mel : [email protected] |
|
|
|
|
|
|
|
"SELEPAS dimandikan, ayam serama dikeringkan dengan menggunakan mesin pengering atau tuala."
"REBAN dua tingkat yang menggunakan kaedah ternakan moden." |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #121 Syd's post
cantik sungguh serama ni ye..mendada gitu! mmg gaya jaguh! |
|
|
|
|
|
|
|
Hasil ayam serama lumayan
Oleh NUR FARISHA FAIZ
[email protected]
ZAKARIA Tompang menunjukkan ayam serama peliharaannya di Semabok, Melaka.
MELAKA 10 Mac - Sebut sahaja ayam serama, sudah tergambar kecantikan fizikal ayam itu yang telah berjaya menawan hati pelbagai masyarakat.
Kecantikannya mampu menghiburkan hati pemiliknya. Malah ayam ini sangat mudah dan murah untuk dipelihara. Memang tidak menjemukan jika berpeluang bermain-main dan melihat ayam serama.
Ayam serama cukup popular pada masa kini. Justeru sudah wujud kumpulan pencinta ayam ini dan ada pula yang menubuhkan persatuan bagi menghimpunkan pemilik haiwan peliharaan ini.
Uniknya ayam ini, terletak pada kebolehannya beraksi seperti model yang berjalan di atas pentas dengan dada yang menegak apabila diletakkan di atas meja. Lebih menarik perhatian, jika ia berdiri sambil mengangkat sebelah kaki.
Saiznya yang kecil dengan warna bulu yang menarik membuatkan ayam serama kelihatan sangat comel lebih-lebih lagi ketika ia bergaya.
Tetapi masih ramai yang terkeliru dengan baka ayam kecil lain seperti ayam kapan, ayam katik dan lain-lain kerana ia tidak dikategorikan sebagai ayam serama.
Ayam serama yang popular pada masa kini adalah hasil kacukan pelbagai spesies burung seperti burung hutan, ayam kerdil Thai dan juga bantan.
Sering dikatakan bahawa serama tidak dapat dinilai dengan wang kerana ayam ini dapat menjadi haiwan peliharaan yang mendatangkan keuntungan apabila menjuarai sesuatu pertandingan.
Pertandingan ayam serama sering diadakan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Anak ayam baka juara boleh dijual pada harga RM1,000 hingga RM2,000 seekor, manakala anak ayam yang agak dewasa boleh mencapai harga antara RM2,000 dan RM10,000.
Harga pasaran bagi ayam bergelar juara pula berkisar antara RM10,000 hingga RM80,000.
Bagaimanapun, tidak ada harga yang tetap dalam urusan jual beli serama. Semuanya bergantung kepada rundingan antara pembeli dan pemilik.
Penternak serama, Zakaria Tompang, 49, berkata, kerjaya yang dilakukannya menjanjikan pendapatan yang lumayan.
"Mula berjinak-jinak sebagai pemilik ayam serama tetapi lama kelamaan timbul idea untuk menternak dan menyediakan bakanya pula," katanya yang mendapatkan baka serama dari Kelantan.
Di pekarangan rumah Zakaria, terdapat lebih kurang 18 sangkar serama dengan setiap sangkar boleh memuatkan sepasang ayam.
Zakaria yang juga Pengerusi Kelab Peminat Ayam Serama Melaka berkata, dia kini mempunyai hampir 36 ekor ayam serama, tidak termasuk yang sudah dijual dan diberikan kepada rakan-rakan.
Menurut Zakaria, ayam serama yang mempunyai berat lebih kurang 200 gram, mempunyai jangka hayat sehingga 10 tahun sekiranya dijaga dengan baik dan diberikan perhatian khusus.
Katanya, ibu ayam serama mampu bertelur antara lima hingga enam biji dalam satu masa dan saiz telurnya lebih besar sedikit daripada telur burung merpati.
Ujarnya, dari segi penjagaan dan pemakanan ayam itu, tidak rumit malah senang untuk dijaga selain perbelanjaannya juga lebih murah jika dibandingkan dengan kos membela burung.
"Kos pembelian ayam ini memang mahal tetapi daripada segi penjagaannya sangat murah. Serama hanya perlu diberi makan dua kali sehari dan kadang-kadang sehari sekali.
''Makanannya daripada campuran bijirin, jagung dan juga biji buah tembikai atau sekoi untuk mendapatkan bulunya yang berkilat. Minumannya daripada air tapisan ataupun air perigi," katanya.
Kos sebulan bagi penjagaan dan pemakanan seekor ayam serama hanya RM5 dan hanya seminggu sekali ayam ini akan dimandikan dan diberi vitamin supaya lebih bertenaga.
"Jika dimandikan, ayam ini akan disyampu dan disiram dengan cecair Dettol sebelum dijemur di bawah matahari. Kakinya akan digosok dengan berus gigi bagi menghilangkan kotoran yang melekat pada kakinya.
''Ada juga peminat ayam serama yang memberi makan ayam mereka jamu serta minyak ikan bagi mencantik dan mengilatkan lagi bulu ayam serama mereka," ujarnya.
Menurut Zakaria, jika balung ayam berwarna kehitam-hitaman atau pun kebiru-biruan, bererti ayam itu sedang sakit dan tidak sihat.
"Reban dan najis serama tidak berbau berbanding ayam proses dan ayam kampung," katanya ketika ditemui di rumahnya di Semabok, baru-baru ini.
Jelas Zakaria lagi, ayam serama yang telah dipilih untuk menyertai pertandingan, telah dilatih untuk berjalan di atas meja yang beralaskan karpet bagi menyesuaikan dirinya dengan keadaan ketika hari pertandingan.
Salah seorang peminat ayam serama, Mohd. Hasbullah Abu Hasan, 34, berkata, bagi pemilik serama, ayam ini mempunyai keistimewaan tersendiri.
"Melihat aksinya bergaya sahaja, hati jadi gembira. Sebab itu ada pemilik yang bercakap dengan serama dan boleh membelainya selama dua hingga tiga jam sehari.
"Memelihara serama nikmatnya lebih terasa jika dibandingkan dengan burung kerana jika ayam serama ini kerap dilatih ia mampu bergaya mengikut alunan muzik," katanya.
Menurut Mohd. Hasbullah lagi, seorang yang betul-betul meminati serama, mampu mengetahui anak ayam yang baru beberapa minggu menetas akan mengikut baka induknya atau tidak dan boleh dikatakan tekaan mereka itu 80 peratus tepat.
Peminat setia serama, Mohd. Hululazmi Abd. Aziz, 45, pula berkata, bukan semua ayam ini boleh bertanding kerana ia mesti mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pengadil.
"Kriteria yang diambil kira pihak juri termasuk bentuk tubuh, gaya, ekor, balung, kabir, lawi dan sayap,'' katanya.
Terdapat juga ayam serama yang membuat ragam ketika diadili pihak juri. Justeru pemiliknya harus memberi makanan yang secukupnya supaya serama tidak keletihan ketika menunggu waktu untuk diadili.
Serama yang hendak dipertandingkan pula mesti diasingkan daripada pasangannya supaya ia lebih galak dan garang untuk beraksi bagi menarik perhatian pasangannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Juara Serama
Amir Zayyani Zahari di samping ayam serama peliharaannya yang memenangi juara Pertandingan Ayam Serama 2009 PD di Port Dickson, semalam.
PORT DICKSON 16 Mac - Kesabaran seorang pemuda memelihara ayam serama lebih setahun lalu membuahkan hasil apabila ia muncul juara Pertandingan Ayam Serama 2009 di sini semalam.
Ayam serama milik Amir Zayyani Zahari, 26, dari Pulau Pinang itu turut memenangi kategori Serama A dalam pertandingan yang julung kali diadakan di negeri ini.
Kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, ia kali kedua beliau menjuarai pertandingan seumpama itu.
"Baru-baru ini ia memenangi dua kategori dalam pertandingan ayam serama di Kelantan," katanya yang menewaskan enam pesaing lain.
Beliau tidak berhasrat untuk menjual ayam itu walaupun ada yang ingin membelinya kerana ingin mendapatkan bakanya terlebih dahulu.
"Orang Cina percaya ayam ini membawa tuah kerana kecantikannya ketika menegakkan dada dan mengepak sayap. Tetapi saya tidak mahu menjualnya kerana ingin melahirkan lebih banyak baka juara daripadanya," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
ayam hutan
ade sesape kt sini pnah tangkap x ayam utan ni?
slalu nmpk kt utan dpan umah aku especially pas ujan |
|
|
|
|
|
|
|
ade..mahu beli ka..rumah ko kat mane... |
|
|
|
|
|
|
|
wah ko eddie cepat jer ko nak tolak ayam hutan ko |
|
|
|
|
|
|
|
sedap woo daging ayam utan...manis... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 pu3_krizalid's post
ish ko makan ayam hutan..uwekkkkkkkkkkkss |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eddie_worlds at 6-5-2009 08:20
ade..mahu beli ka..rumah ko kat mane...
ko ade jual ke?
bape sekor? |
|
|
|
|
|
|
|
oii ayam hutan nyer manis la beb.. aku selalu makan.. budak belakang umah ayah aku siap ternak lg tue.. klu nak free jer dia bg hehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|