CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Tempatan] KEMAS KINI: Faisal Halim mula berjalan, mahu balik. Faisal selamat jalani pembedahan ketiga. Faisal alami lecur tahap empat. KES: Faisal Halim cedera disimbah cecair dipercayai asid.

[Copy link]
 Author| Post time 7-5-2024 03:40 PM | Show all posts
[VIDEO] Faisal Halim turut alami kerentungan dalam badan

Oleh FATIN FILZATI BADRUL

7 Mei 2024, 3:06 pm



Dr. Alpha Zaki menjelaskan keseriusan kelecuran tahap empat melalui sebuah video di laman TikTok.


PETALING JAYA – Kesan terbakar tahap empat yang dihadapi oleh pemain bola sepak terkenal, Faisal Halim bukan sekadar melecur, sebaliknya melibatkan kerentungan di dalam organ badan.

Menerusi video di laman TikTok yang dikongsi oleh Dr. Alpha Zaki, beliau menerangkan kelecuran tahap dua akan melibatkan lapisan kulit sahaja, manakala pada tahap empat, kelecuran membawa sehingga ke tulang, otot dan saraf.


“Asid kimia ini sangat berbahaya kerana ketika proses kehakisan sedang berjalan, ia boleh menyebabkan luka tahap dua menjerumus terus ke tahap empat dengan cepat.

“Selain itu, kecederaan sebenar biasanya dikesan setelah operasi mencuci luka selesai,” ujarnya.

Dr. Alpha turut berkongsikan punca kebakaran kes Faisal itu adalah di bawah kategori kimia yang disebabkan oleh asid.

Menurutnya, cara merawatnya adalah dengan membuat rawatan ganti kulit yang dijangkakan akan dilakukan oleh pihak hospital dengan segera.

“Pemulihan ganti kulit mungkin akan diambil dari peha pesakit atau penderma yang lain, namun di Malaysia, setakat ini hanya diambil daripada tuan badan sendiri,” katanya.

Tambahnya, atlet negara itu mungkin akan memerlukan banyak kali pembedahan untuk membaik pulih segala kerosakan yang dialami. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... tungan-dalam-badan/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2024 03:41 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 04:10 PM | Show all posts
bunuh career org.. bunuh periuk nasi org tu.. semoga keadilan buat FH dan semoga penganiayaan ini akan memberi satu tamparan buat pelaku.. dunia dan akhirat.. amin.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Solat hajat untuk jumpa orang jahat dan supplier asid. Kesian. Cari sapa yg supply asid. Ni kena orang famous. Kalau mudah sgt dapat bahan bahaya ni, sapa sapa leh kena.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Lentera replied at 7-5-2024 03:36 PM
Semoga mamat ni selamat drpd penjahat2 tu
"ada org2 yg lagi besar dr ketua polis & raja2  ...

Jahatnya. Semoga Allah balas dengan hantar kuman dan penyakit yg makan isi badan dia dari dalam. Slow yet unsealable death. Aamiin.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 7-5-2024 11:56 AM
teruk jgk dia kena..ingt xsempat kena sgt..jahat la..
dlu pistol..skrg asid lak..
ingt tak masa bbrp ...

Yg kena tu cikgu cikgu kan? Area brickffields.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2024 04:31 PM | Show all posts
Allahuakbar...jahatnya!!! kesian FH huhu...kalau org berani buat kat someone yg dikenali ramai di malaysia ni, maknanya di blkg org yg buat tu mmg kebal betul la. so sape yg lg besar dari agung ni???
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 04:38 PM | Show all posts

ini dari siapa?

Allahu kalau betul lah konspirasi2 ni, semoga Allah balas kezaliman mereka semua

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
kena korek buang semua daging yg rentung sampai ke tulang...mau berthn mkn pain killer..by the time sembuh dah x fit..tak leh kena panas...caner nak main bola lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 7-5-2024 03:35 PM
Pelaku guna asid sulfurik pekat

Oleh Syazwan Msar

Orang tua dulu2 guna minyak biawak utk rawat kulit melecur
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Lentera replied at 7-5-2024 03:36 PM
Semoga mamat ni selamat drpd penjahat2 tu
"ada org2 yg lagi besar dr ketua polis & raja2  ...

Dia mcm tuhan la ya. Gangstar tu dia ketua?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu..zalim nya pelaku..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 05:15 PM | Show all posts

siapa mamat ni?
tak faham
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 05:16 PM | Show all posts
Nurkaseh01 replied at 7-5-2024 02:25 PM
Akhirnya ada gak org tepek.. Kalau btol la dia buat.. Tergamak buat org mcm tu... Kritikal dah fai ...

siapa  buat ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Perghhh along ceti haram pun x main simbah asid .. dorg simbah cat merah je tau
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 7-5-2024 02:52 PM
Senang sis, kedai hardware byk jual.

Iols baru tau senang nak beli asid kat mesia.. ingatkan kena tulis nama ka apa.. mcm beli racun paraquat tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 7-5-2024 01:35 PM
Saru kehilangan utk negara
Utk keluarga dia jug
Dah la malaysia x ramai ade bakat mcm dia

dia krtikal kan skrg
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
sedih dan takut pulak baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2024 06:34 PM | Show all posts
Tubuh Faisal dibalut seperti 'mumia'

Syazwan Msar
[email protected]



FAISAL minta orang ramai berdoa untuknya yang akan menjalani pembedahan kali kedua petang ini.


Shah Alam: Penderitaan ditanggung tonggak Harimau Malaya Faisal Halim cukup perit apabila seluruh tubuhnya dibalut seperti 'mumia' dalam usaha memastikan dia tidak dijangkiti kuman.

Situasi terbabit dikongsi Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar yang menyatakan Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey mengalami kecederaan di bahagian muka, leher, lengan dan badan kesan daripada curahan asid itu.


Beliau berkata, walaupun Faisal sudah sedar namun dia akan 'bertarung'untuk pembedahan kedua pada petang ini sekali gus mengharapkan doa daripada orang ramai supaya prosedur itu berjalan lancar.

"Saya baru saja melawat Faisal dan alhamdulillah dia sedar tapi dijadualkan menjalani pembedahan kedua petang ini. Dia minta doakannya dan kirim salam kepada rakan lain. Kemungkinan akan ada pembedahan lain lagi dan sekurang-kurangnya 10 hari dia berada di unit rawatan rapi (ICU) hospital," katanya, ketika ditemui di lobi hospital, sebentar tadi.


Lagi Berita

Faisal dipindahkan ke hospital di Shah Alam
Mei 6, 2024 @ 8:12am

Faisal kritikal, mengadu sakit terbakar dalam kulit
Mei 7, 2024 @ 10:18am

Saya ingin Faisal tahu bahawa dia betul-betul dihargai - Hannah
Mei 7, 2024 @ 2:59pm

Keadaan Faisal Halim menyedihkan - Hamidin
Mei 5, 2024 @ 8:24pm



Terdahulu, Arena Metro melaporkan insiden membabitkan pemain kebangsaan itu yang cedera dipercayai disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

Kejadian itu, menyebabkan Faisal cedera di beberapa bahagian badan termasuk mukanya dan kini dirawat di sebuah hospital di Shah Alam.

Faisal yang juga tonggak Selangor FC dilaporkan sudah selesai menjalani pembedahan pertama di sebuah hospital di Shah Alam.

Kondisi kesihatan Faisal yang juga nadi kepada Selangor FC semakin membimbangkan apabila dikatakan berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan pertama.


Sementara itu, Shahril yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC memaklumkan doktor turut memaklumkan pelaku menggunakan asid sulfurik yang mampu mendatangkan kecederaan serius kepada Faisal.

Disiarkan pada: Mei 7, 2024 @ 5:42pm


https://www.hmetro.com.my/utama/ ... balut-seperti-mumia
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 06:38 PM | Show all posts
senoga Allah permudahkan, nangis akak baca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.074160 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list