Beberapa hari lepas, timbul isu berkenaan Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kekecewaan dan kemarahan rakyat Malaysia.
Isu itu tular sehingga menyebabkan pepatah helang dan pipit itu digunakan oleh netizen di semua sosial media.
Turut tidak terlepas, wartawan TV3, Safwan Sawi turut memberi sindiran dalam penyampaian beritanya.
"Helang pipit tak sama laju tinggi, terlanggar mati jatuh ke tanah jua," ungkapan Safwan ini menjadi bahan bualan netizen yang kagum dengan cara penyampaian beritanya.
Buat yang tidak mengenali Safwan, beliau merupakan pemenang Anugerah Wartawan Muda A Samad Ismail Kategori TV. Beliau turut diberi julukan "The next Karam Singh Walia" kerana penyampaiannya yang bersahaja dan penuh jenaka.
Sumber Gambar: Instagram @safwansawi
Dengan adanya pembaca berita seperti Safwan, ini mampu untuk menarik minat rakyat Malaysia untuk menonton berita di kaca televisyen. Syabas buat Safwan! - CARI
|