CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17799|Reply: 143

[Edisi belum insaf] Vokalis Ditahan Di Johor Bahru, Konsert Exists Reunion Tetap

[Copy link]
Post time 9-9-2019 04:41 PM | Show all posts |Read mode



Konsert Exists Reunion dijangka tetap akan berlangsung walaupun vokalisnya, Mamat ditahan polis malam tadi.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Shiraz Projects selaku pihak penganjur, konsert yang dirancang akan berjalan seperti biasa dan pihak mereka akan menyerahkan perkara terbabit kepada pihak berkuasa.

“Seluruh anggota Exists Reunion amat terkejut dengan berita penangkapan itu.

“Ketika ini, apa yang dapat saya katakan ialah, pihak kami masih menunggu perkembangan mutakhir berhubung dengan kejadian itu.“Secara peribadi, berita ini amat menyedihkan dan mengejutkan lebih-lebih lagi menjelang konsert Reunion Exists yang akan berlangsung pada 28 September ini di Shah Alam dan 5 Oktober di Singapura,” kata penganjur menerusi satu kenyataan.

Mereka akui telah menerima banyak mesej dan panggilan daripada peminat yang bertanyakan status konsert yang sudah dirancang itu.

Pihak penganjur juga akan berkongsi perkembangan terbaru mengenai konsert itu dari semasa ke semasa.

“Sememangnya kami di Exists Reunion mahukan segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Ini satu ujian awal untuk kami dan berharap para peminat akan terus mendoakan yg terbaik untuk Exists Reunion,” ujarnya lagi.

Menerusi laporan Harian Metro, Mamat dan seorang rakan lelaki ditahan di luar kawasan rumah kedai di Taman Perling, Johor Bahru berikutan penemuan serbuk putih disyaki dadah jenis syabu dalam dompet penyanyi berkenaan. Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah.
Sumber : Astro Gempak



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2019 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Adui la mamat ni syg betul.  Tiap kali rezeki ada tiap kali tu la kantoi.  X nak ubah ubah la. Syg betul la byk kali peluang dia dapat. Ubahlah mamat ooooiii
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2019 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
frust betullah, napelah time3 nak konsert ni mcm2 jadi mamat oii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2019 05:12 PM | Show all posts
hotmak replied at 9-9-2019 05:07 PM
frust betullah, napelah time3 nak konsert ni mcm2 jadi mamat oii

kan...dh la org nk tgk mamat nyanyi dr c ezad..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2019 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamat style kalau x leh tarik akan hala mic ke penonton dikesan semenjak fenomeno Oh Ibu ..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2019 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahaiiii si mamat nie...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2019 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayang suara dia sedap weiii
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2019 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengajur dah bersora... X pe ezad bleh setel semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2019 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoila...poton betulla
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2019 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ungrateful. Abes cite.
Bape byk peluang ko nak daaa.. org camni tak payah kita nk kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2019 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak kesian kat mamat ni. Aku kesian kat bandmate yang lain..semua sibuk promote n practice for konsert..yang dia ni sibuk mendadih. Along siap repair gitar lama dia semata-mata for konsert ni kot.

Mereput la kau mamat..kau ingat kau legend, kau lepas? Tak fikir langsung pasal orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2019 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ajai dah  bersuara



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2019 06:04 PM | Show all posts
prizadane replied at 9-9-2019 05:47 PM
Aku tak kesian kat mamat ni. Aku kesian kat bandmate yang lain..semua sibuk promote n practice for k ...

..termasuklah promo dlm BS siap bg tiket n nk santesh nyanyi yachhh..konfiden santesh masa tu siap tny tarikh bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2019 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
peliklah, org dah bagi peluang, bukan senang nak buat konsert, alih ini yg dia balas
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2019 06:14 PM | Show all posts
Kenapa la susah betul nak tinggalkan benda haram tu.. Elok2 ada peluang buat konsert, kena tangkap pulak.. Rugi betul!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2019 06:15 PM | Show all posts
Sayangnya... suara dia dahla sedap...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2019 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sumbat dlm jel je mamat ni. Xpon inject arsenic je. Hidup menyusahkan org je.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2019 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mentang2 dia tak bergelar Dato', Ayahanda, Anak YB, cepat je kena cekup..yg 3 kategori di atas aman2 jah ulang kali isap sana sini, elok jah bebas.

By the way, org2 mcm ni mmg x kan insof lah. Tgk mata, tgk badan pon dah tau masih aktif cuma belom kantoi je.

Apa khabarnya Zamani?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2019 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Once a penagih, always a penagih laa
Bila mati jaa baru stop tp ade gak org kata penagih boleh berubah.
Mungkin kena try hidup dengan penagih baru lerr tau berubah ke idak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2019 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
minah_selekeh replied at 9-9-2019 06:14 PM
Kenapa la susah betul nak tinggalkan benda haram tu.. Elok2 ada peluang buat konsert, kena tangkap p ...

Satu lg dia nih mudah tul kantoi setiap kali dia mesti kantoii
Nak mendadih tapi tak licik jauh sekali bijaksana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.062831 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list