Edited by nurrlisa at 2-10-2019 10:50 AM
Tiga bulan yang berdarah
Berteman empat dinding Dan baris baris keputusan Bagai halilintar membelah bumi ketika hukuman itu di baca Langit mendung menurunkan hujan, laut hitam bergelora setinggi awan Gelora yang menghempas hatiku, bagai kaca retak ke batu.. Tidak perlu aku bertanya mengapa aku Mengapa tidak?
Pada tiga bulan berdarah itu Aku di sorong untuk tidur, namun sekali ini bukan untuk diulit mimpi indah Tidur ini membuang luka, yang menghiris kalbu Anehnya luka yang tinggal tetap berdarah.... Berakhirkah semua mimpi mimpi indah?
Berdoalah, kata pembantu, lalu aku menadah tangan pada ilahi Kini dengan masa yang telah banyak berpurnama Aku masih di sini Setelah tiga bulan yang berdarah mengajar bahawa sinar mentari tetap ada Jika aku mahu mengejarnya... Dan aku akan terus mengejar tanpa jemu Kerana kekuatan aku ini bukan calang calangnya!
|