CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 754|Reply: 0

Watkins semakin dahaga jaringan

[Copy link]
Post time 3-5-2021 09:14 PM | Show all posts |Read mode

WATKINS (dua dari kanan) berjaya meledak satu gol ketika Villa berjaya menewaskan Everton 2-1 pada aksi di Goodison Park awal pagi semalam. – AFP

Watkins semakin dahaga jaringan



LIVERPOOL – Aksi cemerlang yang dipamerkan penyerang Aston Villa, Ollie Watkins berjaya memikat perhatian pengurus-nya, Dean Smith yang mengakui gembira melihat prestasi pemain itu.

Awal pagi semalam, Watkins berjaya meledak satu gol ketika Villa menundukkan Everton 2-1 di Goodison Park sekali gus menjadi gol ke-15 pemain itu dalam semua kejohanan musim ini.

“Saya fikir Watkins berada pada prestasi terbaik dan sukar untuk disekat pada aksi kali ini. Kualiti yang dimiliki menyebabkan kami berani mengeluarkan dana yang besar untuk mendapatkan khidmatnya.

“Dia sangat luar biasa, saya mengenalinya. Dia mahu terus berkembang menjadi penyerang yang terbaik. Pada perlawanan itu saya lihat dia mudah mengatasi pemain pertahanan Everton dan Jordan Pickford terpaksa bekerja keras menghalangnya.

“Persembahannya menjadi semakin baik setiap masa bermula awal musim. Saya selalu me-ngatakan bahawa Watkins adalah penyerang muda yang baik dalam saingan liga.

“Dia sentiasa kecewa sekiranya gagal menjaringkan gol. Keinginan untuk mendapatkan gol dalam setiap perlawanan sangat luar biasa. Saya fikir dia semakin pantas dan tajam di hadapan gawang selain antara pemain muda terbaik ketika ini,” katanya.

Pada aksi tersebut, gol kemenangan Villa dijaringkan oleh Anwar El Ghazi pada minit ke-80, manakala gol saguhati Everton dijaringkan oleh Dominic Calvert-Lewin. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.517568 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list