CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1142|Reply: 1

United tak sabar tamatkan penantian

[Copy link]
Post time 27-5-2021 10:34 AM | Show all posts |Read mode

UNITED dahagakan trofi selepas kali terakhir memenanginya pada musim 2017 ketika menjulang kejuaraan Liga Europa. – TWITTER MANCHESTER UNITED

United tak sabar tamatkan penantian

GDANSK – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer sedia memulakan era baharu pasukan itu dengan menjulang trofi Liga Europa di PGE Arena Gdansk awal pagi esok.

Pada aksi final bagi kempen 2020/21 itu, skuad The Red Devils akan membuat perhitungan de-ngan wakil La Liga, Villarreal.

Solskjaer berharap mereka boleh menamatkan penantian selama empat tahun untuk memenangi trofi pertama selepas kali terakhir melakukannya pada 2017 ketika menjulang trofi yang sama.

“Sudah tentu semua pengurus akan rasa tekanan untuk cuba memenangi sesuatu. Kami sudah menunjukkan perkembangan yang baik dalam saingan liga sebelum ini.

“Memenangi trofi akan memberi kami keyakinan serta membuatkan kami lebih bersemangat memburu kejuaraan lain. Saya tahu semua pemain mahu merasai pengalaman menjulang trofi kejuaraan,” kata pengendali dari Norway itu.

Pada masa sama, beliau juga menaruh sepenuh kepercayaan terhadap pemain-pemainnya untuk menampilkan aksi terbaik bagi membolehkan mereka membawa pulang trofi ke Old Trafford.

“Saya yakin semua pemain berkobar-kobar untuk perlawanan ini. Mereka semua berharap kemenangan itu nanti akan jadi permulaan baharu untuk pasukan kembali ke era kegemila-ngan,” ujarnya. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2021 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah boleh kena pecat OGS
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.136980 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list