CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2781|Reply: 4

Tauke Selangor & Kay Elle Melopong

[Copy link]
Post time 14-11-2009 06:06 PM | Show all posts |Read mode
KOh koh koh....aku suka suka....lepas baca news dkt Metro...MOD kalau dah ada merge kan ek....
_________________________________________________________________________________________________

KUALA LUMPUR: “Kami rugi,” itulah kata ahli Gabungan PersatuanPenjaja dan Peniaga Kecil Selangor dan Kuala Lumpur yang tidak berpuashati dengan operasi membanteras pendatang asing dijalankan DewanBandaraya Kuala Lumpur (DBKL), baru-baru ini.

Malah, dalamoperasi yang dijalankan dua hari berturut-turut itu, pihak persatuanmendakwa pekerja mereka yang mempunyai permit turut ditahan untuksiasatan lanjut selama beberapa jam sebelum dilepaskan.

Pengerusinya, Jeff Tan , berkata operasi yang dijalankan secarakerjasama beberapa pihak berkuasa lain itu juga membuatkan peniagaterpaksa menanggung kerugian apabila perniagaan mereka tergendala.

“Hampir semua pekerja asing yang diupah kami ditahan, malah operasiberkenaan turut mengakibatkan pelanggan juga ketakutan pada masa itu.


“Kami turut hairan kenapa pekerja asing yang mempunyai permit jugaditahan dan situasi itu mengakibatkan gerai penjaja ditinggalkan tanpapengawasan sesiapapun dan terdapat juga barangan peniaga turutdirampas,” katanya pada sidang media, di Pasar Pudu, semalam.


Katanya, DBKL sepatutnya memeriksa terlebih dulu mengenai statuspekerja yang diupah pihak peniaga dan bukannya mengadakan operasisecara melulu.

Tan berkata, pihaknya juga bersetuju menubuhkansatu jawatankuasa bagi membendung kebanjiran peniaga asing di sekitarkawasan terbabit.

Malah, katanya, persetujuan terbabit turutdicapai secara bersama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabitmelalui satu pertemuan yang diadakan serentak dengan pengumumankerajaan untuk menaik taraf Pasar Pudu, baru-baru ini.

“Kamipada masa itu berjanji dengan DBKL akan memberikan sepenuh kerjasamakepada mereka bagi menangani masalah terbabit,” katanya.

Justeru, persatuan mahu DBKL dan pihak berkuasa lain menangguhkansementara waktu operasi membanteras peniaga warga asing yang giatdijalankan secara berterusan pada tahun ini.

Pada sidang mediaitu, pihak persatuan turut menyerahkan memorandum bantahan kepadapejabat Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untukmenangguhkan sebarang operasi membanteras pendatang di Pasar Pudusehingga kawasan berkenaan siap dinaiktaraf pada hujung tahun depan.

________________________________________________________________________________________________

Tulah orang malaysia, dapat lesen bagi orang seberang jaga kedai...aku g chow kit dah macam pi pekan dkt indon dah....
kalau datang tak buat perangai tak pe....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2009 06:19 PM | Show all posts
masalah pendatang ni berpunca dari org tempatan sendiri.
untung dulu. problem kemudian kira (tu pun kalo ada kene mengena ngan diorang).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2009 06:23 PM | Show all posts
diaorang bukak market tempat lain, mastautin dkt tempat lain..jadi masalah social dan budaya ni tak kena dkt diaorang....itulah malaysia...baik hati sangat....diaorang dah duk lama dapat anak terus jadi warganegara....tak adil...untuk generasi akan datang...waaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 07:54 PM | Show all posts
yes setuju sgt...padan muka melopong masing masing...duk tempat lain, business bukak tempat lain, lesen orang lain, yang jga business orang lain...untung masuk poket sendrik!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2009 02:29 AM | Show all posts
elok sangat la buat operasi...sokong 110%...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.063409 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list