CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 930|Reply: 5

[Tempatan] 'Bayar balik pinjaman PTPTN ikut pendapatan, secara potongan gaji automatik menerusi LHDN'

[Copy link]
Post time 23-10-2023 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Kaedah pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut Income Contingent Loan (ICL) yang dilaksanakan secara pemotongan gaji automatik menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) adalah cadangan yang praktikal dan tidak membebankan peminjam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sehingga Mei lalu jumlah pinjaman PTPTN yang masih belum dibayar berjumlah RM66.9 bilion.


Beliau berkata, perkara ini menjadi antara cabaran terbesar kerajaan bagi menjamin pendidikan secara berterusan, sekali gus membolehkan lebih ramai rakyat yang berdepan kesukaran dapat menyambung pengajian ke peringkat lebih

tinggi.

Katanya, dengan kadar bayaran balik pinjaman amat rendah, kerajaan bimbang dengan kelestarian PTPTN untuk jangka panjang.

"Sekiranya jumlah pinjaman ini dibayar, ia boleh membiayai kira-kira 2.5 juta pelajar baharu," katanya dalam ucapan dibacakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Majlis Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara

di Kementerian Pengajian Tunggi (KPT) di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri PendidikanTinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalannya, Mohammad Yusof Apdal.

Sebelum ini, Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional (NRC) mencadangkan kaedah ICL ini diperkenalkan bagi pembayaran balik pinjaman PTPTN.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober hingga 31 Mac 2024.

Diskaun sebanyak 10 peratus akan diberikan ke atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman, selain memberikan 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

Selain itu, diskaun 15 peratus diberikan untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

Anwar berkata, pemotongan gaji secara ICL ini tidak membebankan peminjam dan menyediakan insentif kepada individu dan majikan bagi membuat pembayaran balik.

Katanya, ia juga akan menggalakkan lebih ramai peminjam melaksanakan tanggungjawab sivik mereka kepada anak bangsa yang ingin menyambung pengajian tetapi tidak berkemampuan.

Sementara itu Mohamed Khaled berkata, sepanjang tiga bulan berakhir Julai lalu, seramai 200 peserta mewakili 115 organisasi terbabit dalam pasukan NRC mengadakan proses semakan membabitkan penelitian ke atas pelbagai akta dan kerangka perundangan, kertas dasar, pelan strategik serta garis panduan berkaitan pendidikan tinggi.

Katanya, sebanyak 874 isu dikenal pasti pada peringkat awal dan selepas diteliti serta diperhalusi, sebanyak 58 cadangan penambahbaikan utama dibentangkan kepada kementerian.

"Semua saranan ini masih belum dimuktamadkan," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2023 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah pinjam tu bayar laa..
Tolong konar bg pihak walanon/macai bodoh PH
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh, sudah tukar?

Bukan dulu seru peminjam jangan bayar ke?

https://www.malaysiakini.com/news/199888

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 07:49 PM | Show all posts
Adam Adli mana..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang lah kooo..dolu2 kemain masa jd pembangkang, ank ko jugak canang2 nk hapus ptptn kan? Mana pigi?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 23-10-2023 07:49 PM
Adam Adli mana..

Haha...bukan main dia berguling2 dulu ye...best lor gaji besar skang ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.836424 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list