CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 19038|Reply: 75

Rakan pelakon ugut bunuh

[Copy link]
Post time 19-2-2011 07:31 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by mawar_pink at 19-2-2011 07:36

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon drama popular ditahan polis semalam selepas menyerah diri berhubung kes mengugut dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat mengenai perkahwinan keduanya menggunakan sindiket nikah palsu.
  Pelakon lelaki berusia 43 tahun itu pernah mencetuskan kontroversi dalam industri hiburan tanah air apabila gambar intimnya bersama seorang pelakon wanita tersebar di Internet.    Menurut sumber polis, pelakon terbabit bersama tiga rakannya berusia 30-an mengugut dua pegawai penyiasat SPRM berkenaan, Isnin lalu.

  “Menyedari kesalahannya selain yakin dia diburu pihak berkuasa, pelakon itu tampil menyerah diri di Balai Polis Kepong kira-kira jam 10 pagi (semalam) sebelum dia ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.
  Menurutnya, pelakon terbabit sebelum ini dipanggil SPRM untuk membantu siasatan satu sindiket pernikahan palsu didalangi seorang kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan empat lelaki lain berikutan dia menggunakan khidmat sindiket itu untuk pernikahan keduanya.

  Sumber itu berkata, pertemuan pelakon terbabit dengan dua pegawai SPRM yang mahu mengambil keterangannya diadakan di sebuah kafe di Danau Kota, di sini, kira-kira jam 11.20 malam Isnin lalu.
  “Sebaik pelakon itu dan tiga rakannya masuk ke kafe berkenaan, seorang daripada rakannya memperkenalkan diri sebagai ‘Abang Joe’ dan mendakwa dia pegawai khas Ketua Polis Negara.

   “Abang Joe mengarahkan dua pegawai SPRM berkenaan menghentikan siasatan ke atas pelakon itu. Apabila dua pegawai SPRM itu bertegas untuk meneruskan siasatan,  Abang Joe mengugut dengan mengatakan akan membunuh mereka,” katanya.
  Menurutnya, Abang Joe turut mengugut mahu menembak kedua-dua pegawai itu sehingga mati jika permintaannya tidak dipenuhi.    “Selain itu, Abang Joe memberitahu dia boleh memerangkap dua pegawai SPRM berkenaan dengan meletakkan dadah dalam rumah atau kenderaan mereka supaya pegawai itu ditahan polis.


  “Malah, Abang Joe mendakwa dia sanggup mati semata-mata bagi memastikan SPRM tidak meneruskan siasatan terhadap pelakon terbabit,” katanya.

  Sumber itu berkata, pelakon terbabit dan tiga rakannya meninggalkan kafe berkenaan sebelum kedua-dua pegawai penyiasat SPRM itu membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Wangsa Maju, di sini.

  Menurutnya, pelakon terbabit direman lima hari bermula semalam dan kesnya disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

  Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan penahanan pelakon terbabit.

  Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak akan tunduk pada ugutan, tohmahan dan fitnah mana-mana pihak yang cuba menjejaskan siasatan sesuatu kes rasuah.

  “Ini sebahagian cabaran yang perlu kami hadapi. Dalam kes sebegini, SPRM akan serahkan kepada polis  mengambil tindakan sewajarnya.
  “Kami akan teruskan siasatan sindiket pernikahan palsu itu,” katanya

krdt:harian metro


samsengnye abg joe ni..
sape artis yg kwn dgn abg joe ni????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2011 07:37 AM | Show all posts
adakah abg joe ini nama sebenarnya joe jambul?

ini mcm samseng kg dusun je..talk only, no action
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 07:42 AM | Show all posts
pelakon lelaki ni yg pernah digossipkan ngan azizah mahzan tu ke??tak ingat arr nama dia...zafirul ke zafrul ke...ntah laaa...dia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 07:50 AM | Show all posts
umur 40 an...sapekah???
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 07:51 AM | Show all posts
pelakon lelaki ni yg pernah digossipkan ngan azizah mahzan tu ke??tak ingat arr nama dia...zafirul k ...
zyraa Post at 19-2-2011 07:42



    zaefrul
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 09:05 AM | Show all posts
sekali baca dah terbayang zaefrul........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2011 09:10 AM | Show all posts
dia dah kawin 2 ke? dengan sapa? haleeda ke? ampunnnn.. haku tetinggal flight.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 09:16 AM | Show all posts
haaaaaa?/ sapo???????????????????????????????????????????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2011 09:27 AM | Show all posts
sapo nihh
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 09:35 AM | Show all posts
hahaha amik ko dari tersangkut 1 kes dah jadik 2 kes...............
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 09:39 AM | Show all posts
kalo zafarul mmg bodoh elok2 kerja engineer nk jd pelakon, pastu wat hal mengendik dgn pompan kan cari nahas. FIL bg rmh kt topicana tu dok tinggal sb bini anak tunggal. bini dia cubby sikit ada 2 anak. sapokah isteri beliau yg ke 2?????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2011 09:44 AM | Show all posts
hahaha amik ko dari tersangkut 1 kes dah jadik 2 kes...............
jofizo Post at 19-2-2011 09:35

padan muke xde pasal cari pasal..kalo nk kawen, kawenla dgn cara elok ni gune sindiket bagai..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2011 09:49 AM | Show all posts
kalo zafarul mmg bodoh elok2 kerja engineer nk jd pelakon, pastu wat hal mengendik dgn pompan kan ca ...
mixed Post at 19-2-2011 09:39

engineer ke mamat ni dulo?xsemanggah btl..sian bini dia dpt laki cam nih..
adakah azizah mahzan 2nd wife dia?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 09:52 AM | Show all posts
Reply 13# mawar_pink


    kalo x silap ouols ler x igt baca kt majalah mana...bini dia org kaya tau...kemain masa skandal dia dgn azizah mazhan tu kuar paper heols beria2 ckp bini heols faham dia x kan curang dia setia
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 10:58 AM | Show all posts
sapa la bini k 2 dia...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 11:12 AM | Show all posts
siapa zaefrul ? artis suam2 kuku ka ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2011 11:12 AM | Show all posts
masa memula baca terbayang zamarul... kes gambar plak masa shooting ngn pasah..
bila korang sebut zaefrul baru teringat...

penah jumpa dia kt kedai makan timur tengah dgn satu pompuan agak muda dgn baby dlm stroller... bila tgk muka pmpn tu x mcm wifey dia pun.. tapi ciri2 lebih kurang.. putih2, chinese look, tembam2... cuma tinggi sket la...

msa tu ingat wife dia... bila baca ni baru terpikir...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 11:16 AM | Show all posts
Reply 16# Kiesh


alah....pelakon yg pernah digosipkan dgn azizah mahzan...pernah berlakon sama dlm SPA Q musim pertama....umur 40an..aku rasa dia lah orgnya....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 11:53 AM | Show all posts
sape plak nih....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 11:58 AM | Show all posts
picca plizz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.314114 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list