Tak puas hati dengan urusan rawatan suaminya, seorang isteri tergamak melumurkan najis ke PPE yang dipakai petugas kesihatan. Kompas.com melaporkan, isteri kepada pesakit Covid-19 itu melakukan perbuatan tersebut terhadap tiga orang petugas di Surabaya.
Polis Surabaya, Sudamiran berkata, "Kami memanggil suspek untuk memberi keterangan berhubung insiden berkenaan." Pihaknya telah mengambil keterangan terhadap tujuh orang saksi. Difahamkan insiden berkenaan bermula apabila seorang pesakit menjalani ujian swab pada 23 September dan mendapat keputusan pada 28 September. Petugas kesihatan kemudiannya melakukan pengesanan kontak rapat iaitu suami wanita berkenaan.
Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat, Pemerintah Kota Surabaya, Febriadhity Prajatara berkata,"Lelaki itu didapati positif dan perlu dibawa ke hospital." Malangnya pihak keluarga lelaki itu termasuk isterinya menolak dan menyebabkannya berang sehingga bertindak melumurkan najis. -CARI |
Scheherazade replied at 15-10-2020 03:59 PM
Ni umpama diberi susu dibalas tuba
CiliPadiSedap replied at 15-10-2020 04:14 PM
tuba tu apa sis? scuba kaka tahu
ADVERTISEMENT