CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Masyarakat Mula Sedar Betapa 'Kaya' Azwan Ali Apabila Berjaya Membayar RM17,000 Tanpa Gagal"

5-1-2021 02:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10516| Komen: 50

Description: Pengacara, Azwan Ali, 54, menyifatkan 2020 adalah tahun yang paling mencabar apabila didenda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajay ...
Pengacara, Azwan Ali, 54, menyifatkan 2020 adalah tahun yang paling mencabar apabila didenda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan pandemik COVID-19 pada Mac, tahun lalu.


Kongsi, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA itu, ia adalah ujian terbesarnya dan banyak yang dipelajari daripada peristiwa berkenaan.

"2020 adalah tahun yang penuh bala dan teruk pada saya. Saya masih ingat dan takkan lupa, Jumaat, jam 12.55 tengahari pada 27 Mac, tahun lalu. Saya diperintahkan Mahkamah Seksyen membayar denda sebanyak RM17,000 dalam masa tiga jam.

"Sekiranya saya gagal menjelaskan denda, saya boleh dipenjarakan. Itu adalah dugaan yang paling besar bagi Azwan Ali dalam 2020," katanya kepada BH Online.


Foto: IG


Walau bagaimanapun, Azwan berkata, di sebalik episod hitam itu ada hikmah yang tersembunyi.

"Antara hikmah besarnya, saya tidak lagi menerima kecaman yang sering membanjiri laman sosial, hingga hari ini.

"Banyak hikmah diperoleh daripada kejadian berkenaan. Antaranya, masyarakat membuka mata dan mula sedar betapa 'kaya' Azwan Ali apabila berjaya membayar RM17,000 tanpa gagal.

"Dan satu lagi hikmah paling besar adalah saya dapat kembali 10 kali ganda daripada bayaran denda yang dikenakan. Bayangkanlah sendiri berapa jumlahnya. Allah maha kaya, ambil sesuatu dan pulangkan berganda.

"Jadi, macam mana pun saya tetap bersyukur melalui kejadian berkenaan. Lebih manis, 2020 juga saya menerima banyak tawaran pengacaraan dan lakonan. Antaranya, membintangi drama Diva Popular bersama Erma Fatima," katanya.

Katanya, dia amat terharu apabila kali pertama diberi peluang berlakon bersama pengarah dan pelakon yang popular menerusi watak Mak Cun itu.

"Ini adalah kali pertama saya diberi peluang berlakon dengan Erma. Saya tak pernah bekerja dengan Erma sepanjang tiga dekad berada dalam industri seni. Insya-Allah, saya akan memberikan lakonan yang terbaik menerusi drama Diva Popular arahan Rashid Sibir itu.

"Alhamdulillah, tamat sahaja program realiti, Lagu Cinta Kita musim kedua (LCK2), tawaran lakonan pula masuk. Jujurnya, hujung 2020 ini saya menerima banyak tawaran dan ia membuktikan LCK2 bukanlah penamat.

"Antaranya, saya menerima tawaran berlakon bersama Ziana Zain menerusi drama Madam E-Wallet, kemudian bersama Datin Seri Umie Aida dan Rita Rudaini menerusi drama Shah Alam 40000.

"Saya mengharapkan 2021 akan lebih menyerlah selepas sekian lama menyepi. Saya berharap akan terus diterima. Doakan yang terbaik untuk saya, apatah lagi, usia menginjak 55 tahun, tahun ini. Ia juga bermakna genap 33 tahun saya berada dalam industri hiburan," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Adrif

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 5-1-2021 02:06 PM
Krikkk krikkkk
Quote depresio 5-1-2021 02:07 PM
Gd luck diva AA
Quote nanies 5-1-2021 02:25 PM
hurm... kurang2 kan sikit mencarut tu. ko okeh je sebenar nya AA. tp tu la, mulut macam bontot ayam. berak aje memanjang.
Quote Themilo 5-1-2021 03:04 PM
heshe dah baik ke dengan vida? ada ternampak episod LCK bulan lepas.. tapi meols tukar channel sebab kosser sangat la nak tengok deyol berdrama seolah-olah takde apa-apa berlaku..
Quote jalfa 5-1-2021 03:09 PM
Haha....ok la sibuk x de masa nak sebok carutz nerakakan org
Quote MadameOnion 5-1-2021 03:10 PM
ooooookkkkkaaaaayyyllllaaaaahhhhhh
Quote September14 5-1-2021 03:11 PM
X pasal2 je melayang 17k
Quote Olleo 5-1-2021 03:13 PM
Wow mmg mcm tu ye mahkamah keluarkan perintah.
Dlm masa 3 jam nk cari duit 17k. Kalau kepuk2 mcm Diva takpe jugak.
Quote no_el 5-1-2021 03:14 PM
Boleh tak melodi ambil diva n kak kepom jadi pgacara
Yg ada sekarang ni krik krik. Awal tlalu skema utk melodi. Gitewwww
Quote sleepandream 5-1-2021 03:42 PM
riak la nyahhh...
duit 17k tu boleh buat bayar kaunseling psychiatrist repair wayar putus tu
Quote zehra2 5-1-2021 03:45 PM
elok ler berubah ke arah kebaikan.
awak bukan tak belajar tinggi
Quote gekkou 5-1-2021 03:55 PM
allah hadirkan kesedaran dengan kau disaman
allah hadirkan kesedaran kesedaran dengan kau diminta bayar rm17K dalam tempoh masa
allah hadirkan kesedaran dengan beri kau rezeki berkali ganda daripada rm17K itu

silalah berubah
tok sah la memaki orang mcam kau tiada dosa ya
Quote EvieWanKenobi 5-1-2021 03:57 PM
semoga jadi pengajaran..
Quote salmon-suki 5-1-2021 04:03 PM
First time benang divaAA xselaju sebelum ni{:smile{:smile

Adakah poremer lg suka divaAA y dulu?y kaki royan n rempan serta kaki carutzsssss?{:smile
Quote BoongaKertas 5-1-2021 04:04 PM
uncle wan, kalau chuols x mencarut and ubah imej fondant suka mencaruts tu, insyaallah byk lagi offer menyusul.
Quote Nes3in1 5-1-2021 04:09 PM
Semoga diva aa mencalonkan diri utk bertanding next pru.
Quote pakwetizzaqyah 5-1-2021 04:15 PM
Nes3in1 replied at 5-1-2021 04:09 PM
Semoga diva aa mencalonkan diri utk bertanding next pru.

lepas tu kalah lghahahahahahhahaa
Quote Nes3in1 5-1-2021 04:17 PM
pakwetizzaqyah replied at 5-1-2021 04:15 PM
lepas tu kalah lghahahahahahhahaa

Dah kaya no hal. Cerah gigi jah setakat duit taruhan tu. Gitteww.
Quote wirazam 5-1-2021 04:18 PM
no_el replied at 5-1-2021 03:14 PM
Boleh tak melodi ambil diva n kak kepom jadi pgacara
Yg ada sekarang ni krik krik. Awal tlalu skema ...

kak lina skrg makin laris..tak sia sia join gv dulu..

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.053837 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top