EvaBobbie Publish time 18-7-2007 11:35 AM

Originally posted by romashikin at 23-2-2007 05:34 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Macamana nak buat sotong goreng kunyit, pernah cuba tapi tak jadi busannnnnnnnnnnnnn

simple je..kalo sy yg buat :)

sotong potong kecil2 mcm gelung tu
pastu perasakan dengan garam kunyit (kunyit idup, garam, bwg putih - tumbuk halus)
pastu masukkan dlm kuali - keringkan airnya
bila dah kering, masukkan minyak agak2 bleh goreng (jgn terlampau byk)
goreng2 la..then masukkan bwg besar..cili padi @ cili merah
goreng2 sampai bawang agak layu..dah bleh angkat

note: angkat skali ngan minyak..sbb tu minyak x leh byk2 sgt
saya suka mkn nasik panas2 gaul ngan minyak goreng sotong @ udang
yummy...;P :lol:

elnor_81 Publish time 19-7-2007 09:27 PM

sesaper tau tak camner nak wat kuah/sos untuk sotong kangkung?
kiter suker makan tuh...
tapi tak tau nak wat kuahnyer...

ninoZ Publish time 19-7-2007 09:59 PM

Sotong fresh kalau buat msk mcm ala2 chilli crab pun sedap gak..
bleh terus guna yg dah siang atau pun celur/simbah kejapppppp je dlm air panas..

dia nyer sos plak..
just tumbuk cili merah dgn bawang putih, pastu tumis dlm minyak panas[ campur sket minyak bijan]
then masukkan sos tiram, sos tomato n sos cili serba sket..sos ikan utk rasa masin..gula secukupnya, daun limau purut..n cuka jika perlu
balancekan semua rasa biar sempurna..taruk la gegelang bwg holland n cili padi kalau suka
siappp!
makan panas-panas...:loveliness:

btw..
elnor.. nak carik resepi sotong kangkung eh?
cuba check kat archive under makanan laut..klik link bwh ni haa
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=93961&page=6
n kalau tak salah ade lagi 1-2 resepi sotong kangkung yg forumner penah kasik...
kalau rajin try la selak2 page belakang..sure ade

hairanaz Publish time 19-7-2007 11:15 PM

ni mak saya punyer style masak sotong ...simple jer..tp sedap...

http://img151.imageshack.us/img151/3333/sutunmm9.jpg


Sotong Masak Style Mak Saya....(hehehe...)

Bahan :
200g Sotong(kalau sotong kecik potong gelang,kalau sotong besar..potong slice2 pastu kelar2)
3 biji bawng merah
1 ulas bawang putih
2 inci halia
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak masak
sebiji bawang besar (dipotong gelang)
sedikit kacang panjang (di potong serong)
sebiji cili merah (di hiris)

CAra:
- Tumbuk bawang merah,bawang putih,halia, serbuk kunyit dan garam sehingga lumat
- campurkan bahan2 tumbuk tadi dgn sotong..gaul rata...
- panaskan kuali...masukkan sotongke dalam kuali ..masukkan gula, dan sedikit air,tutup kuali dan masak sotong sehinga airnyer kering dengan api yang kecil

-setelah air nyer kering,besarkan api,masukkan minyak masak,kacang panjang,bawang besar, dan cili merah....kacau goreng lebih kurang 5 minit.

-tutup api dan hidangkan....

[ Last edited byhairanaz at 19-7-2007 11:16 PM ]

top40 Publish time 20-7-2007 12:27 PM

Anak bongsu KTop (5 tahun) tu x makan durian so dia suruh KTop tanak pulut nak makan ngan sotong goreng or ayam.Yg lain semua nak makan ngan durian. Layan je la....;P ;P

elnor_81 Publish time 20-7-2007 01:12 PM

Reply #243 ninoZ's post

thanks ninoz.
kiter dah jumpa dah....

chemox Publish time 20-2-2008 02:14 PM

sifu2 sekelian....

ada x resepi sotong goreng tepung yg mcm kt kedai makan seafood tuh...??? dia punye sotong goreng tepung punye la gemuk2...gebu2...tp sotong nyer ciput jek....

bila kita makan tuh kan tepung dia rase mcm ade rempah...pas tuh cicah dgn sos dia...perghhhhh....sedap gilosss>...!! rase nyer tepung ape dia guna yerk..???

cam ner ek...??? ingat saya nk try buat untuk kenduri umah mak saya 28/2 nih...

mamasporting Publish time 3-3-2008 02:46 PM

tips masak sotong

bila masak sotong, selalu ikut nasib jer...kadang2 tu sotong drpd saiz asal besar terus jadi kecut, kadang tu drpd lembut...bila masak dia jadi liat cam getah.kadang tu, dah penat masak, tetiba sotong tu kuarkan air yg banyak dan hasilnya tak sedap.

so, slps beberapa kali cubaan dibuat, mama berjaya masak sotong spt mana yg diinginkan...juicy, tender dan saiz tak mengecut...

pertama, didihkan air panas...biar betul2 panas, pastu celupkan sotong sekor2...jgn lama2...sekajap jer...pastu angkat. kiranya tak sampai stengah masaklah. Pastu air rebusan boleh guna semula dan sotong dimasak ikut resepi kesukaan dan masukkan bila masakan dah hampir masak dan gila2 mendidih. Bila masukkan sotong yg dah direbus tu jgn biar lama2...kacau2 dan angkat.

Kedua, kalau tak nak rebus, ada cara lain yg lebih senang...pastikan rempah ratus yg ditumis atau kuah yg kita masak dah benar2 mendidih...kira berasap2 ler kuali tu...baru masukkan sotong, kacau kiri kanan, atas bawah...angkat...pastikan sotong masak dan jgn biar lama2...nanti sotong tu mula buat hal.

selamat mencuba.....dan, masakan sotong yg hebat sekiranya guna sotong yg fresh...kalau guna yg dah lembik tu letak apa pun mcm tu lah jugak....

mamasporting Publish time 3-3-2008 03:02 PM

Resepi sotong masak kicap sempoi...

bahan2

1/2 kg sotong-bersihkan dan biar sekor2
1-2 inci halia
3-5 biji bawang putih-ketuk2 atau potong kasar
2 labu bawang besar-potong bulat2
2-3 biji cili padi merah
2-3 biji cili padi hijau
sedikit serbuk kunyit
3-4 sudu besar air asam jawa atau 1-2 sudu air perahan limau nipis atau boleh guna sos nanas (sedap kalau guna sos ni...)
kicap manis/masin

cara masak:

1. panaskan minyak utk tumis, masukkan bawang putih dan halia...biar naik bau.
2. Masukkan air asam jawa/ air perahan limau/ sos nanas...pilih ler yg mana suka.
3. pastu masukkkan serbuk kunyit...biar benar2 mendidih, pastu masukkan sotong dan kacau cepat2...
4. Dengan pantas masukkan bawang besar dan cili padi, serbuk perasa kalau suka pastu kicap...semuanya serentak. Renjis kicap ikut suka banyak mana. Pastikan semua pnatas dan dlm masa yg sama sotong masak...don't over cooked.
5. angkat dan makan...

cepat, ringkas dna menyelerakan. Kalau suka pedas...tambah ler cili padi bebanyak sikit...

Syd Publish time 20-6-2008 12:11 PM

jupe kat kosmo hari nih

Sotong goreng tepung

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0613/Kosmo/Famili/fa_04.1.jpg

SELAIN udang, sotong goreng tepung adalah pilihan kebanyakan penggemar makanan laut. Pilihlah sotong yang masih baru dan nampak segar. Kulitnya mestilah masih utuh membalut badan. Bahagian kepala juga tidak seharusnya bercerai daripada badan tersebut.

Sotong mudah menjadi busuk. Oleh itu ia seharusnya sentiasa diletak di dalam bekas berisi ais. Pastikan ia dimakan sebaik saja dibeli. Ini kerana rasanya akan kekal manis. Namun begitu, anda boleh mengembalikan kemanisan sotong atau udang dengan cara memerapnya selama 30 minit dengan sedikit garam dan gula.

Perkara paling penting sebelum mula menyediakan hidangan ini adalah kaedah yang dinamakan 'mematikan air sotong'. Caranya adalah dengan meletakkan sotong di dalam kuali atau periuk kalis lekat. Kemudian nyalakan api pada tahap sederhana kuat.

Sebaik saja warna sotong sudah bertukar dan airnya banyak terbit, padamkan api. Kemudian letak sotong di dalam penyekat untuk ditoskan. Jika anda tidak berbuat demikian dan menggoreng sotong begitu saja, ia akan meletup dan ini sangat menyukarkan bila tiba masa hendak membalikkannya. Sotong juga kurang rangup kerana ia mengandungi banyak air.

Sekiranya sotong hendak dibuat sambal, simpan air sotong tersebut kerana ia berupaya memaniskan bumbu sambal. Anda tidak perlukan sebarang minyak atau air dalam langkah pertama ini. Air daripada sotong sudah mencukupi. Begitu juga bila merebus kerang kerana air di dalam kerang itu sendiri boleh membuat kerang tersebut masak.

Jangan terlebih masa pada langkah ini kerana sotong yang terlalu masak akan menjadi liat. Bila menggorengnya kelak, isinya akan bertambah keras. Bila dimakan pula, ia tidak sedap.

Adunan tepung atau dikenali sebagai batter sangat penting dalam menentukan kerangupan sotong ini. Gunakan senduk kayu dan pastikan anda menuangkan cecair sambil mengacau campuran tersebut perlahan-lahan.


Setelah selesai, anda perlu memukul putih telur hingga kental. Gunakan mangkuk dan pemutar yang sudah dibilas dengan air panas. Kemudian lap dengan kain bersih. Ini adalah untuk memastikan putih telur boleh kental dengan sempurna. Jika terdapat sebarang kesan minyak pada bekas atau pemutar, sukar untuk mengentalkan telur tersebut.

Bila anda memukul putih telur, anda akan dapati ia mula-mula akan menjadi separuh kental. Perhatikan bila anda mengangkat pemutar, 'puncak' putih telur yang terbentuk itu agak melengkung. Pukul lagi pada kelajuan sederhana. Kemudian angkat pemutar semula. Anda akan dapati 'puncak' yang terbentuk adalah tajam.

Gunakan spatula atau senduk plastik bila mencampurkan putih telur ke dalam adunan tepung (batter). Mula mencampur satu camca besar putih telur terlebih dulu. Setelah sebati, baru masukkan baki putih telur. Kaedah ini dipanggil kaup-balik. Lakukan dengan perlahan dan berhati-hati supaya gelembung udara di dalam putih telur sebati. Ia mampu meringankan adunan tersebut.

Bila anda menggoreng udang, ikan atau sotong dengan batter tersebut, anda akan dapati hasilnya memuaskan. Ia lembut tetapi rangup pada masa yang sama. Ia juga akan kekal lembut sehingga beberapa jam lamanya.

Bagi mendapatkan batter yang lebih wangi, anda boleh gantikan tepung jagung dengan tepung kastard. Anda tidak semestinya memasukkan serbuk kunyit. Bagi yang sukakan warna kuning yang lebih terang, tambah beberapa titik esen atau pewarna kuning.

Biar adunan selama 20 minit sebelum mula menggoreng. Pastikan minyak cukup panas. Jika tidak begitu panas, bahan gorengan akan 'makan minyak' atau meresapkan terlalu banyak minyak. Ini akan merosakkan rasa sotong itu sendiri. Sebaik-baiknya gunakan deep-fryer kerana lebih mudah untuk mengangkat sotong yang sudah siap digoreng.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0613/Kosmo/Famili/fa_04.2.jpg

ixora_xr Publish time 11-8-2008 12:44 PM

sambal sotong

http://i227.photobucket.com/albums/dd183/ixora_xr/masakan/untitled155.png

kasihsuci Publish time 11-8-2008 05:06 PM

http://img520.imageshack.us/img520/3668/rendangxt2.jpg
http://img520.imageshack.us/img520/3668/rendangxt2.715cf6e149.jpg
http://img115.imageshack.us/img115/2023/rendanglq6.43fb2cce7e.jpg

[ Last edited bykasihsuci at 11-8-2008 05:07 PM ]

maisya Publish time 4-12-2008 10:01 AM

http://img.photobucket.com/albums/v334/maisya/sotongtepung.jpg

Sotong Goreng Tepung
che'iza @ myresipi.com (http://www.myresipi.com/top/detail/4014)

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
300 gm sotong
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 biji telur
sedikit garam
lada sulah

Cara-cara
Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

sweetlilly01 Publish time 4-12-2008 06:01 PM

http://i183.photobucket.com/albums/x300/sweetlilly01/201120083751copy.jpg

sotong masak kunyit.......

sweetlilly01 Publish time 4-12-2008 06:02 PM

http://i183.photobucket.com/albums/x300/sweetlilly01/261120083827.jpg

Lagi sotong.............. :Dkali ni sotong masak sos lak...
pstttt... pandai sotong tu masak... ngeeee...........:D

izati_abc Publish time 9-12-2008 12:09 PM

nk join jgk....sotong goreng kunyit tp kaler mcm kureng kuning...

bhn2 simple aje yg penting ade kunyit, bwg putih, bwg besar n cili...pastu lain2 bhn yg aku letak belacan n air asam jawa......ha..aku ltk sos tiram gak sket...

http://farm4.static.flickr.com/3011/3094756390_fda80c58c0.jpg?v=0

chempaka_ku Publish time 9-12-2008 08:16 PM

chemp suka sotong......hari tu masak style macam ni......

kira-kira 2 sotong segar jenis besar
terung panjang - potong-potong
timun                - potong memanjang; buang tengahnya
lada hijau          - hiris bulat
halia                  - hiris besar saja
bawang putih    - hiris

Sotong dibersihkan dan buat design di badannya, gunting ikut suka.Cuci dan masak tanpa minyak hingga airnya keluar dan berubah warna sikit atau hingga masak(sekejap saja).Keluarkan dari periuk.
Tumis halia dan bawang putih hingga bawang layu saja, masukkan terung dan timun.Gaul sebentar.Masukkan lada potong tadi, gaul lagi.Masukkan sotong dan perasakan dengan gula, garam dan sedikit kicap cair (optional).Masak sehingga terung dan timun lembut.Sedia untuk dimakan dengan nasi putih.

ps.kalau tak ada timun boleh masak dengan terung saja atau sebaliknya.

razhar Publish time 13-12-2008 03:44 PM

Reply #255 sweetlilly01's post

mcm mana nak buat? bagi le resepi dan cara2 nya...

izati_abc Publish time 22-12-2008 09:46 AM

masak sotong lg....kali ni wat style paprik lak...bhn2 dia sama je mcm nk wat tomyam....pkai bwg merah, serai, cili api...cuma kali ni aku xde stok daun limau purut lak...so x letak la....

aku pakai cili boh masa menumis..pastu masak paprik penting ade kicap.....n aku tambah sos tomato jgk...pastu last skali br perah asam limau kasturi.....

http://farm4.static.flickr.com/3229/3126088643_7e9909acb5.jpg?v=0

hatemetoday Publish time 23-12-2008 12:45 PM

Balas #252 kasihsuci\ catat

kecur nye...mintak resepi bleh?
Pages: 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 [13] 14 15 16 17 18 19 20
View full version: ANEKA MASAKAN SOTONG


ADVERTISEMENT